GAMBAR: Pemandu Kantoi Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu

DI zaman yang serba canggih ini, sila fikir banyak kali sebelum melakukan perkara yang menyalahi undang-undang jalan raya.

Ini kerana, kesalahan anda itu mungkin akan dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi Facebook Daily Traffic Report, seorang penunggang motosikal telah membuat aduan mengenai seorang pemandu kereta yang menggunakan telefon semasa memandu.

Katanya:

“Hai Admin DTR, sy nak hantar gambar insiden yg berlaku kt sy petang jumaat di susur jalan Kuching dkt PWTC..guna hp masa bwk kereta. Bawa kereta sambil pegang handphone di tgn, kereta dah melilau kiri kanan so sy hon nak alert driver tu sbb bahaya sekali dia balas hon balik mcm tak puas hati sy hon dia..kalau rasa nak blur kn no plet dia silakan..lagipun sy dah email ke JPJ gambar ni.”

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah penunggang motosikal itu juga menggunakan telefon bimbit untuk merakam gambar?

Jawapan kami, gambar tersebut dipercayai diambil menerusi kamera GoPro yang dilekatkan pada topi keledar penunggang itu.

Apapun, diharap agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap setiap laporan yang dihantar oleh orang ramai dengan kadar segera.

GAMBAR: Pemandu Kantoi Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu

GAMBAR: Pemandu Kantoi Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply