Gambar: Suruh Bos Tukar Kubikel Pejabat Camni Baru Best..

DI zaman serba canggih ni, kelengkapan pejabat pun haruslah seiring dengan teknologi yang semakin pesat membangun.

Takkan nak pakai lagi gaya penataan pejabat yang kelihatan suram dan old school kan.

Apa kata mana-mana pejabat di Malaysia cuba aplikasikan suasana pejabat yang super cool dan trendy macam syarikat gergasi Google dan Facebook ni.

Kalau nak ofis nampak cool, mungkin para majikan boleh cuba dulu letakkan meja pejabat yang nampak cukup selesa dan ergonomik namun pada masa sama tidak mengabaikan ciri-ciri privasi yang diinginkan oleh para pekerja mereka.

Meja jenama Brody ini tampil dengan rekaan kubikel yang merangkumi meja untuk komputer riba boleh laras serta dilengkapi dengan pemegang tablet dan telefon pintar.

Kubikel ini turut didatangkan dengan alas kaki agar pekerja boleh melakukan kerja dalam keadaan cukup relaks dan santai.

Memang cool dan bergaya!

– MYNEWSHUB.CC

ofis1

ofis2

ofis3

ofis4

https://www.youtube.com/watch?v=DENjmL2zApY

Loading...