Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Seram….Kerusi Awam ‘Bikin Malu’...

Bayangkan jika setiap kerusi awam di negara ini dipasang siap dengan alat penimbang...

Artis Hilang Ramai Pengikut...

SAN FRANCISCO  – Laman perkongsian gambar paling popular di dunia, Instagram baru-baru ini...

Rizalman: Jabatan Siasatan Jenayah...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melakukan siasatan terhadap kes Ketua...

Sarawak Lulus FDI RM46.3...

KUCHING – Kerajaan Sarawak meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM46.3 bilion sepanjang...

Bayi Hidap Pfeiffer Syndrome Perlukan Bantuan RM70 Ribu

Tiada ada yang lebih sebak dan memilukan apabila melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan menderita menghidap penyakit aneh.

Begitulah perasaan yang dialami oleh Norisam Jaafar dan isteri, Khairiyah Shamsudin selaku ibu bapa kepada bayi malang Muhammad Adam Hamka apabila disahkan menghidap penyakit Pfeiffer Syndrome atau dikenali sebagai tengkorak kepala tertutup awal.

11162066_998371410185880_5479446022266900328_o (2)

11129202_998371453519209_1298006308474420097_n (1) 11174909_998371383519216_5033381375542683532_n (1) 11149829_998371420185879_912006818253227464_o (1)

Gambar kondisi bayi berusia lima bulan ini mula tersebar di Facebook dan rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan simpati bercampur sedih melihat penderitaan yang dialami bayi sekecil ini.

Menurut Khairiyah, sebelum ini anak pernah menjalani pembedahan membuka ruang pernafasan dan dimasukkan tempurung kepala.


Bagaimanapun, doktor memaklumkan bayi kecil ini menjalani beberapa siri pembedahan besar lagi yang bakal menelan kos sekurang-kurangnya sebanyak RM 70 ribu.

Ekoran tidak mampu membiayai kos sebesar itu keluarga bayi adam memohon sumbangan ramai moga ada harapan agar anaknya pulih dan kembali sihat seperti bayi lain.

Bagi yang simpati, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional, Khairiyah Shamsudin bernombor 0510229000139274. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=pGafyjekIvc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori