Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FB “Nokia Malaysia” Digantikan...

Microsoft mengumumkan akan melakukan penjenamaan secara berperingkat untuk laman-laman sosial mereka.Terbaharu, laman sosial...

Warga Emas Hidup ‘Selesa’...

JOHOR BAHRU - Rumah dalam sampah. Begitu keadaan kediaman sepasang suami isteri di Taman...

Rozita Che Wan Sarat...

TERSERLAH seri di wajah pelakon cantik, Rozita Che Wan yang kini sedang sarat...

Felda: Prihatin Pembangkang Bermotif...

JERANTUT - Keprihatinan yang ditunjukkan pembangkang terhadap masalah warga Felda hanyalah satu agenda...

Gagal Beri Keterangan, Lelaki Didenda Maksimum

PETALING JAYA – Seorang lelaki didenda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan gagal memberi keterangan terhadap dua buah enjin motosikal yang dimilikinya, Januari lepas.

Muhammad Izwan Zainuddin, 24, yang menukar pengakuan kepada bersalah, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Izwan didapati memiliki dua enjin motosikal yang mana dia tidak dapat memberi keterangan bagaimana harta itu diperoleh.

Dia yang memakai baju T berwarna merah didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Azahir Nasir merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman berbentuk denda yang minimum dengan alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.


“Tertuduh tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, hanya bekerja apabila dipanggil. Anggaran upah yang diterima setiap kali bekerja hanyalah RM50,” katanya.

Tertuduh membayar denda tersebut. – BERNAMA

Kategori