Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Curang Kerana Suami...

PAHIT untuk ditelan, namun hakikatnya suami mana yang boleh tahan sabar kalau dapat...

JDT Umum Bantu Skuad...

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membantu...

Aliran Penumpang KLIA, KLIA2...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan aliran pergerakan penumpang di...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini dengan tanpa...

Gadis Ditemui Mati Di Cheras Didera Dalam Tempoh Lama

KUALA LUMPUR – Hasil bedah siasat kes gadis yang ditemui mati di sebuah pangsapuri di Cheras Utama, Cheras petang semalam mendapati mangsa telah didera dalam tempoh yang lama.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata terdapat banyak kesan bengkak teruk pada muka dan seluruh badan mangsa serta luka yang disyaki kesan seterika panas di kedua-dua betisnya.

“Sementara itu, bekas teman lelaki mangsa yang ditahan semalam akan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Nov bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan lanjut, polis mendapati bekas teman lelaki mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Polis menemui mayat gadis berusia 19 tahun itu kira-kira pukul 5.10 petang semalam setelah menerima maklumat.

Difahamkan, mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun telah keluar dari rumah tersebut pada Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.


Berkaitan: Gadis Ditemui Mati Di Rumah Bekas Kekasih

Siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan cedera teruk.

Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu.

Sehubungan itu, polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori