Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Julung Kali Perancis, Belgium...

UNIK... Buat julung kalinya dalam tempoh 25 tahun, tangga teratas dalam ranking dunia...

Pencapaian Malaysia Di Bawah...

Zaman Malaysia di bawah Najib sebenarnya adalah era paling cemerlang untuk Malaysia

TMJ Calon Paling Tepat...

KUALA LUMPUR - Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail...

Penempatan Sementara Untuk Mangsa...

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor sedang mencari penempatan sementara yang sesuai untuk...

Fuad Teruja Jadi Maskot Sukan Para ASEAN KL2017

KUALA LUMPUR – Walaupun tidak terpilih untuk mewakili negara dalam temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di sini, Fuad Sanoesi tetap teruja apabila khidmatnya masih diperlukan dalam temasya sukan terbesar untuk atlet kelainan upaya di rantau ini.

Kelibat Fuad sebagai maskot rasmi, Rimau yang berkerusi roda, mencuri tumpuan orang ramai yang berada di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Atlet boling tenpin berkerusi roda itu ternyata amat gembira dengan penerimaan orang ramai yang rata-rata mahu mengambil gambar bersama beliau.

“Saya mendapat panggilan daripada pihak penganjur kira-kira 8 malam tadi. Mulanya saya rasa terkejut juga bila diberitahu untuk menjadi maskot Rimau di Sukan Para Asean ini,” kata atlet berusia 51 tahun dari Batu Caves, Selangor, kepada Bernama.

“Saya terima pelawaan itu sebab bagi saya, bila lagi saya hendak merasakan temasya sukan ini. Walaupun tidak terpilih menjadi atlet, menjadi maskot pun sudah cukup membanggakan saya,” tambah beliau.

Fuad mengakui bahawa beliau pada awalnya merasa berdebar-debar untuk berdepan orang ramai apabila mengenakan kostum maskot Rimau.

“Apabila saya keluar untuk menjalankan tugas, tidak sangka ramai yang memanggil saya untuk bergambar dan bersalaman. Saya jadi seronok pula. Inilah khidmat saya untuk negara walaupun tidak dapat beraksi sebagai atlet,” katanya.


Fuad mula menyertai acara boling tenpin berkerusi roda dua tahun lalu selepas mengikut rakannya, Ahmad Amil Usin, seorang atlet paralimpik negara, menjalani latihan di Mega Lanes Kuala Lumpur di Endah Parade, Sri Petaling.

Ahmad Amil adalah pemenang pingat perak acara beregu TPB8 pada temasya Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan.

Menurut Fuad, beliau menyimpan keazaman untuk mewakili negara dalam mana-mana temasya sukan untuk atlet kelainan upaya pada masa akan datang. – BERNAMA

Kategori