Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Datuk Kes...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar Datuk diberkas polis di kediamannya di Kemensah,...

Harga Durian Musang King...

JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tidak mempunyai kuasa untuk mengawal...

J/K Khas Pantau Impak...

KOTA KINABALU - Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengenal pasti dan mengkaji...

Pergiat Dialog Keharmonian, Tangani...

KUALA LUMPUR - Dialog dan seminar mengenai hubungan keagamaan dan kaum perlu dipergiat...

Frost Tolak Khabar Angin V Shem-Wee Kiong Dipisahkan

KUALA LUMPUR – Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak khabar angin kononnya gandingan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong akan dipisahkan susulan persembahan buruk yang ditampilkan oleh pasangan itu pada Kejohanan Piala Sudirman di Gold Coast, Australia, minggu lepas.

Morten Frost Hansen berkata keputusan untuk merombak gandingan beregu negara itu termasuk beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Woo Khe Wei akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) yang dipengerusikan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, minggu ini.

” Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini tetapi akan mengemukakan laporan mengenai prestasi mereka pada mesyuarat C&T dan biar lihat apa yang akan berlaku nanti,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Malaysia tersingkir pada saingan suku akhir Piala Sudirman selepas kalah 3-1 kepada Jepun dengan beregu V Shem-Wee Kiong tewas kepada gandingan tidak ternama, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda, pada tiga pertemuan iaitu dua di peringkat kumpulan dan di suku akhir pada kejohanan berpasukan campuran itu.


Beregu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu, kini sedang bergelut dengan prestasi terumbang ambing musim ini selepas hanya mampu sampai ke peringkat suku akhir di tiga kejohanan super siri iaitu All-England, Terbuka India dan Singapura tahun ini. – BERNAMA

Kategori