Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Terjun Kereta Lepas Pemandu...

SEORANG penumpang wanita nekad 'terjun' keluar dari kenderaan selepas pemandu Uber didakwa menunjukkan...

Jom Layan… Gambar Anzalna...

MASUK penghujung tahun, ramai juga yang mengambil cuti untuk merehatkan sebentar minda mereka...

Kastam Sasar Bayaran Balik...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai...

Wanita 83 Tahun Tak...

BALIK PULAU - Usianya mencecah 83 tahun, tetapi wanita warga emas ini tetap...

Forex: BNM Beri Kerjasama Penuh Kepada RCI

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam menyediakan maklumat berkaitan kerugian pasaran tukaran asing (forex).

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata ia akan memberikan maklumat seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

BNM menyambut baik pembentukan RCI oleh kerajaan untuk menyiasat secara bebas kerugian forex dan menyelesaikan peristiwa yang berlaku lebih 25 tahun lepas.

“Di mana-mana negara, kesahihan, integriti dan kredibiliti bank pusat sangat penting dalam mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sistem kewangan yang kukuh dan ekonomi yang stabil,” kata BNM.


Bank pusat berkata ia memberi jaminan kepada orang ramai dan pasaran kewangan bahawa ia tidak akan terganggu daripada menjalankan kewajipan negara dalam melaksanakan mandatnya.

“Kami akan tegas dalam melindungi kestabilan monetari dan kewangan negara, serta kelancaran fungsi sistem pembayaran,” kata BNM. – BERNAMA

Kategori