Foot Golf, Gabungan Sukan Golf Dan Bola Sepak

JIKA sebelum ini sukan golf sering kali dikaitkan dengan golongan berpendapatan tinggi dan berpangkat sahaja, mungkin sukan gabungan daripada golf dan bola sepak ini boleh menjadi alternatif baharu anda untuk mencuba pengalaman sukan yang seakan-akan serupa dengan golf.

FootGolf merupakan gabungan sukan di antara permainan golf dan bola sepak yang telah wujud sejak lapan tahun lalu.

Permainan ini hanya memerlukan sebiji bola sepak yang perlu ditendang ke dalam lubang golf sebesar 21 inci yang dimainkan di padang golf.

Amacam, ada yang berminat nak cuba game ni? – MYNEWSHUB.CC

footgolf