Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sumbangsaran Inap Desa Dicadang...

LANGKAWI - Satu pertemuan sumbangsaran akan diadakan di Melaka tidak lama lagi bagi...

Penglibatan Remaja Dalam Gejala...

SANDAKAN - Penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial masa kini perlu dipandang serius...

Pemain Dram Flop Poppy...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib bekas pemain dram...

Ahli Keluarga Tahanan Kes...

KUALA LUMPUR - Hari ini lebih 80 orang ahli keluarga tahanan SOSMA berhimpun...

FOB Untuk Polis Marin Harap Diteruskan – Polis

SEMPORNA – Kerajaan diharap dapat meneruskan projek-projek keselamatan dalam membantu mengukuhkan keadaan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman Datuk Seri Zulkifili Abdullah.

Beliau berkata perkara itu termasuk perancangan mewujudkan Forward Operation Base (FOB) untuk Pasukan Polis Marin (PPM).

“Ini (FOB) adalah projek Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) tetapi apabila siap akan digunakan oleh PPM.

“Buat masa ini, perkara ini dalam peringkat akhir perbincangan dan belum ada keputusan muktamad,” katanya ketika ditemui selepas selesai sesi lawatan tinjauan ke pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Pom Pom, Pulau Mataking serta Pulau Mabul di sini.

Pada lawatan itu, beliau turut menyerahkan sumbangan raya kepada anggota PGA yang bertugas mengawal perairan negara sepanjang Aidilfitri ini.

Zulkifli berkata kemudahan dan keupayaan yang ada pada pasukan keselamatan menjadikan satu bentuk elemen ‘show of force’ dan dapat menggerunkan pihak musuh.

Dalam pada itu, katanya PPM juga memerlukan kekuatan bot tertentu dan lebih besar.

“Kawasan jagaan kita (polis) adalah laut luas dan sebab itu kita memohon untuk ada bot bersaiz kelas PA supaya dapat dijadikan kapal persinggahan untuk bot-bot kecil PPM yang meronda, misalnya mendapatkan minyak,” katanya lagi.


Selain itu, beliau turut meminta agar kerajaan dapat mengukuhkan kawalan keselamatan di ESSZone dengan mengguna pakai teknologi moden seperti pengesan inframerah yang boleh didapati dalam pelbagai jenis alat pengesan.

“Ini bagi membantu pasukan polis dalam penugasan waktu malam sekali gus dapat meningkatkan keberkesanan kita dalam membuat rondaan,” katanya lagi.

Sementara itu, Zulkifli berharap gabungan kerjasama antara polis, tentera dan maritim dalam ESSCom itu dapat diteruskan kerana jalinan tersebut adalah kaedah terbaik menjamin keselamatan di ESSZone.

Di samping itu, katanya masyarakat juga berperanan penting membantu pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat sekiranya ada unsur ancaman di ESSZone.

Sementara itu, beliau turut mendoakan keselamatan anggota polis yang bertugas di pos-pos kawalan sempadan sempena musim perayaan serta dapat menjalankan tugas penuh komited kerana golongan tersebut merupakan penentu kepada keselamatan penduduk serta kedaulatan negara tidak dicerobohi. – BERNAMA

Kategori