Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

IDECS Bincang Aspek Perlu...

KUCHING - Persidangan Ekonomi Digital dan Infrastruktur ICT Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2017 yang...

Lebih Banyak Pihak Diberi...

KANGAR - Kerajaan akan memberi peluang kepada lebih banyak pihak membuka Kedai Rakyat...

Pengaman Malaysia Sambut Aidiladha...

BEIRUT - Aidiladha disambut sederhana tetapi meriah oleh pasukan pengaman Malaysia (MALBATT) di...

‘Raja Gelek’ Pengsan Selepas...

BAGAN DATUK – Penyanyi veteran, Datuk Mohd Daud Kilau, 78, yang lebih popular...

Finas Terajui Usaha Tarik Pelabur Asing – Laporan NTP

KUALA LUMPUR – Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) yang ditawarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berjaya menarik penerbit filem dan video asing menjalankan penggambaran di negara ini, menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) bagi 2017.

Dalam laporan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ia, sekali gus meningkatkan penerbitan dalam negara, merangkumi penerbitan berasaskan studio dan lokasi.

Katanya menerusi insentif itu, rebat tunai sebanyak 30 peratus ditawarkan bagi semua Kelayakan Perbelanjaan Pengeluaran Malaysia (QMPE).

“Antara penerbit yang menyertai program ini termasuk Astro Shaw (Ola Bola), Animonsta Studios (BoboiBoy Season 3), KRU Studios (Cicakman 3D) dan penerbitan asing seperti TV Hi-5 dan Asia’s Got Talent,” katanya dalam laporan yang itu.

Beliau berkata Finas terus menerajui usaha menarik pelaburan asing dalam penerbitan filem serta video pada 2017 dan menjalankan usaha sama strategik bersama Khazanah Nasional Bhd bagi mempromosikan Pinewood Iskandar Malaysia Studios dalam usaha menarik penerbit filem antarabangsa.

Sementara itu, Salleh berkata dalam mewujudkan ekosistem yang memacu penggunaan teknologi komunikasi baharu, inisiatif Digital Mailbox telah diperkenalkan pada 2017.


Katanya perkhidmatan yang dibangunkan Pos Malaysia Bhd itu sejajar dengan trend yang menurun dalam penggunaan surat serta peningkatan permintaan untuk keselamatan mel.

“Digital Mailbox telah mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pertukaran maklumat melalui platform dalam talian yang dihoskan pada pelayan di Malaysia.

“Hanya pengguna berdaftar di dalam platform boleh berkomunikasi antara satu sama lain, malah semua penghantar dan penerima dikehendaki melalui proses pengesahan tunggal,” katanya.

Perkhidmatan Digital Mailbox akan dilancarkan kepada orang ramai tahun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Finas

Kategori