Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Jong-nam: Siti Aisyah...

SHAH ALAM - Siti Aisyah, yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam,...

Gangguan Bekalan Air Di...

KUANTAN - Gangguan bekalan air membabitkan kira-kira 80,000 akaun di beberapa kawasan di...

Cuba Masuk Syria Lakukan...

KUALA LUMPUR - Dua rakan hari ini masing-masing dihukum penjara lapan tahun oleh...

Kehadiran Bekas, Pemimpin UMNO...

TEMERLOH - Kehadiran bekas dan pemimpin UMNO pada Sambutan Ulang Tahun ke-3 Parti...

FINA 2018: Nur Dhabitah Tercorot Di Kazan

KUALA LUMPUR – Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di tangga tercorot dalam acara final 3m papan anjal individu wanita pada pusingan akhir Siri Terjun Dunia FINA 2018 di Kazan, Rusia, Ahad.

Penerjun negara berusia 18 tahun itu menduduki tangga keenam selepas hanya mampu mengumpul 294.60 mata dalam lima terjunan pada saingan di Kazan Aquatics Palace.

Sebelum itu, Nur Dhabitah layak ke pusingan akhir dengan mengutip 320.10 mata untuk meraih tempat ketiga dalam saingan separuh akhir.

China menguasai acara tersebut dengan pingat emas dan perak masing-masing dirangkul oleh juara Sukan Olimpik 2016, Shi Tingmao (374.35 mata) dan Wang Han dengan 355.05 mata.

Gangsa dimenangi penerjun Kanada, Jennifer Abel, dengan mengumpul 338.55 mata. – BERNAMA

Kategori