Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Amal `Double Standard’...

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Mohd. Daud menuduh kerajaan...

Cara Hancurkan Negara Tidak...

TERDAPAT empat kaedah utama yang digunakan oleh hitmen ekonomi untuk menjatuhkan sesebuah negara...

Intai Wanita Guna Kamera...

ALOR SETAR - Macam-macam perkara pelik sanggup dilakukan  orang untuk melayani nafsu seksual...

Agong Berkenan Pertemuan Dengan...

LONDON - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengadakan...

Filipina Tangani Insiden Bakar Bendera Sewajarnya

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Filipina akan menangani insiden orang awam bertindak membakar bendera Malaysia di negara itu seperti yang dipaparkan dalam sebuah klip video, dengan sewajarnya.

Kedutaan Filipina di sini dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedutaan tidak akan membiarkan kejadian itu dan menyesali bahawa ia telah menyinggung perasaan rakyat Malaysia.

“Kedutaan mengulangi jaminannya yang benar-benar komited terhadap perkembangan hubungan dua hala yang sangat baik antara Filipina dan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kejadian membakar bendera itu dilakukan oleh seorang individu yang diketahui telah melakukan banyak perkara kontroversi pada masa lalu dan tindakannya tidak mewakili kedudukan rasmi negara Filipina.

Video kontroversi itu disiarkan dalam akaun Facebook ‘President Pamatong Supporters’ pada 19 dan 21 Januari lepas, memaparkan Elly Pamatong, yang mengaku sebagai pengasas ‘United States Allied Freedom Fighters of the East’ (USAFFE), membakar bendera Malaysia. – BERNAMA

Kategori