Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Beritahu Rakyat Bagaimana...

BERIKUTAN pengumuman kerajaan bahawa RM100 juta akan diperuntukkan kepada pihak hospital swasta untuk...

Wanita Idam Bibir Besar...

SELEPAS bersusah payah mengumpul wang, akhirnya Alia Byrne yang berusia 30 tahun ini mendapat...

5 Jam Kayuh Basikal...

DUA beradik dari sebuah kawasan pedalaman di Thailand mengayuh basikal hampir lima jam...

Pesta Kucing Seremban Pada...

SEREMBAN - Peminat kucing tidak harus melepaskan peluang berkunjung ke Dewan Majlis Perbandaran...

FIC Agih 500 Jalur Gemilang Sempena Merdeka

KUALA LUMPUR – Felda Investment Corporation (FIC) hari ini mengagihkan 500 Jalur Gemilang kepada kakitangannya dan orang ramai sempena Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat FIC di Balai Felda, di sini.

Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIC Datuk Megat Shahrul Azman Abas berkata program itu merupakan tanda sokongan anak syarikat Felda itu terhadap kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan ke-60.

“Kita harus bersama bersatu menghargai kemerdekaan yang diperoleh dan menyemai semangat cintakan negara ini dengan turut serta memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan sebagai melahirkan patriotisme terhadap negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain mengagihkan dan melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi FIC, majlis doa selamat dan bacaan Yasin turut diadakan bagi memohon keberkatan dan keamanan berterusan negara ini. – BERNAMA

Kategori