Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

500 Kerusi Roda Untuk...

PUTRAJAYA - Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) menyasarkan sebanyak 500 kerusi roda di...

Miri, Lawas Dan Limbang...

KUCHING - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak mengenal pasti Bahagian Miri, Lawas...

Filem Kisah Cinta Pemahat...

NEW DELHI – Sebut sahaja filem Bollywood, pasti ramai peminat cereka Hindi akan...

‘Nasi Ganja’ Ipoh Naik...

IPOH - Orang ramai 'terkejut' dengan kemunculan helikopter mendarat di Padang Ipoh, pagi...

FGV Sasar 5,000 Jemaah Umrah Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menyasarkan 5,000 jemaah akan menggunakan pakej umrah yang ditawarkan menerusi anak syarikatnya Felda Travel Sdn Bhd tahun ini.

Pegawai Bertanggungjawab FGV Datuk Khairil Anuar Aziz percaya sasaran itu mampu dicapai menerusi pakej umrah terbaharu mereka iaitu ‘Ibrah Menyingkap Hikmah’ yang dijalankan bersama anak syarikat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor iaitu KUISCELL Sdn Bhd (KUISCELL).

“Ketika ini kita sudah mencapai lebih daripada 2,500 jemaah umrah menerusi tiga pakej sedia ada iaitu Nuhasi, Fiddi dan Zahaby yang bermula sejak Januari dan akan turut berlepas pada November dan Disember ini.

“Jadi kita percaya dengan pakej terbaharu yang menampilkan pendakwah terkenal dan ikon KUISCELL, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan Ustaz Nushi Mahfodz selaku pembimbing, akan meningkatkan lagi jumlah jemaah yang akan menggunakan pakej umrah kami,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.

Khairil Anuar berkata jemaah yang menyertai pakej baharu itu berpeluang menyambut Maulidur Rasul di tanah kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu Makkah dengan diiringi perkongsian ilmu oleh ikon KUISCELL.


Pakej 12 hari bermula 27 Nov itu meliputi tiket penerbangan, visa, penginapan hotel bertaraf lima bintang serta makan minum berharga RM7,990 hingga RM9,590. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

Kategori