Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

24.62 Juta Penutup Mulut...

PUTRAJAYA - Sebanyak 24.62 juta penutup mulut dan hidung kini dalam proses pengedaran...

APMM Kelantan Tahan 11...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan seorang tekong dan...

Ratusan Lagi Penerbangan AS...

Amerika Syarikat ,  Delta dan beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) lain bertindak...

Gadis ‘Stereng Lock’ Kini...

Walaupun bukan selebriti tapi Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki,30, dikenali satu negara...

FGV Nafi Dakwaan Basmi Hutan Di Kalimantan Barat

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan dakwaan pembasmian hutan semula jadi di tanah PT Temila Agro Abadi (PT TAA) di Kalimantan Barat, Indonesia.

FGV berkata, ia telah melantik penilai bebas pihak ketiga berpangkalan di Indonesia, melalui anak syarikat milik penuhnya, Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd (FGVK), untuk melaksanakan penilaianpengesahan terhadap dakwaan serta laporan yang dibuat Chain Reaction Research (CRR) dan rakan kongsinya, Aidenvironment.

FGV berkata, sebaliknya, hutan semula jadi PT TAA telah musnah sepenuhnya disebabkan kebakaran hutan secara besar-besaran pada 1980an dan 1997, selain pembalakan berterusan oleh syarikat pembalakan dan masyarakat tempatan sebelum FGV membeli tanah PT TAA.

FGV juga mematuhi Prosedur Penanaman Baharu 2010 oleh Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) dan memperolehi semua kelulusan diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan di Indonesia untuk pembangunan tanah PT TAA yang bermula pada akhir 2014.

Pemantauan dan penilaian oleh penilai tersebut menunjukkan kawasan zon penampan di bahagian timur tanah PT TAA tidak dijejaskan oleh pembersihan tanah dan tiada pencerobohan berlaku di kawasan Nilai Konservasi Tinggi yang dikenal pasti.

“Tiada kesalahan berulang berkaitan pembersihan hutan gambut oleh PT TAA atau PT Citra Niaga Perkasa (PT CNP). Pembersihan kawasan HCV pada 2015 dalam kawasan PT CNP dilakukan atas arahan masyarakat tempatan kepada kontraktor tanpa pengetahuan dan kelulusan PT CNP.


“Kejadian itu dilaporkan oleh FGV kepada RSPO pada 2016 dan penyelesaian memuaskan telah dipersetujui selepas itu. Tiada sebarang kesalahan lain dilakukan sejak itu.

“Justeru itu, FGV menafikan bahawa ia melakukan kesalahan berulangan yang serius mengikut Prinsip dan Kriteria RSPO,” menurut FGV.

FGV juga mahu memaklumkan bahawa dasar Tiada Penebangan Hutan, Penanaman di Tanah Gambut dan Eksploitasi (NDPE) yang diamalkan pelanggannya adalah mengikut ketetapan yang ketat membabitkan penanaman di tanah gambut.

Menerusi penubuhan Dasar Kelestarian Kumpulan pada Ogos 2016, FGV telah menunjukkan komitmennya kepada NDPE pelanggan dan akan memastikan bahawa semua pembelian tanah pada masa hadapan adalah tertakluk kepada dasar-dasar NDPE pelanggannya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

Kategori