Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Paling Muda Berusia...

Di Peru, seorang ibu paling muda ditemui dalam sejarah perubatan apabila melahirkan anak...

Bernas Sedia Bantu Kurang...

ALOR SETAR - Syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sedia memberi khidmat nasihat dalam...

Ini Biodata Isteri Sultan...

TAHNIAH kami ucapkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang telah...

Warga Emas Hilang Ditemui...

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang sejak lebih...

FGV Menang Anugerah ’50 Best Global Employer Brands’

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Usaha berterusan bagi meningkatkan amalan sumber manusia memastikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meraih anugerah antarabangsa – ’50 Best Global Employer Brands Award 2015′ – baru-baru ini.

Majlis penyampaian anugerah edisi ke-23 yang berlangsung pada World HRD Congress di Mumbai, India, bulan lepas dianjurkan bersama oleh Employer Branding Institute dan World HRD Congress.

Anugerah berprestij itu memperakui usaha serta pelaburan FGV dalam meningkatkan pembangunan modal insan, amalan sumber manusia, dasar dan strategi.

Presiden dan ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata FGV menanggap pekerja sebagai aset yang produktif.

“Dengan memanfaatkan nilai teras seperti usaha sama, saling hormat-menghormati, integriti, dan minat, akan terus memacu kecemerlangan dan memenuhi aspirasi semasa dan masa depan kumpulan berkenaan,” kata Mohd Emir menerusi satu kenyataan.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori