Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Warisan Masuk Perlis

KANGAR : Parti Warisan Sabah (Warisan) terus mengembangkan pengaruhnya di Semenanjung dengan terbaharu...

Tragedi 3 Maut Dalam...

PUTRAJAYA: Tiga pekerja pemasangan kabel telekomunikasi yang maut dalam lubang pembetung kabel bawah...

Misi Pakatan Pastikan Ahli...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan yang didominasi parti DAP akan memastikan kira-kira 3...

Peter Anthony Bersalah Atau...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini akan memutuskan sama ada Datuk Peter...

FGV Lantik Salmiah & Mohamed Nazeeb Sebagai Pengarah

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Dr Salmiah Ahmad dan Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, berkata syarikat yakin pelantikan mereka akan mengukuhkan lagi komposisi lembaga pengarah FGV.

“Sebagai pakar dalam bidang masing-masing, kedua-dua profesional itu mempunyai pengalaman dan kepakaran yang tepat untuk memajukan FGV, dalam menjana pulangan mapan untuk pemegang saham dan pemegang kepentingan kami,” katanya.

Menurut FGV, lembaga pengarah melihat pelantikan mereka secara positif, memandangkan kedua-duanya mampu memberi pandangan bernilai untuk industri minyak sawit dan getah dunia, di samping menyumbang kepada kebebasan lembaga pengarah.

“Pelantikan Salmiah juga seiring dengan saranan kerajaan supaya melantik lebih ramai wanita sebagaianggota lembaga pengarah menjelang 2020,” menurut FGV.

Salmiah, tidak asing bagi FGV kerana beliau telah dilantik menyertai lembaga pengarah syarikat itu pada 2014.

Beliau berkhidmat dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) selama 27 tahun dalam​​​​​​​ pelbagai kapasiti, dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB.

Salmiah kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 2015 dan merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut.

Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains dalam Kimia Organik dari Northern Illinois University, Amerika Syarikat dan menerima ijazah Kedoktoran dari Imperial College, UK dalam Fizik Kimia.

Selain itu, Salmiah juga memiliki Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan dari Institut Pengurusan Eksekutif ASEAN di Manila, Filipina.
Beliau juga baru sahaja menamatkan tempoh jawatan selama dua tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif​​​​​​​di International Rubber Consortium Ltd antara 2015 dan 2017.


Sementara itu, Mohamed Nazeeb, seorang veteran dalam industri perladangan, membawa pengalaman luas selepas berkhidmat dengan Sime Darby selama 30 tahun.

Mohamed Nazeeb yang memiliki ijazah Doktor Falsafah dalam Agronomi dari Universiti Malaya sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penyelidikan dan Pembangunan, serta Ketua Penasihat Perladangan di Sime Darby Plantation.

Beliau memulakan kerjaya di Sime Darby sebagai pakar agronomi ( iaitu bidang penggunaan dan pengurusan tanah serta penghasilan tanaman) di Ebor Research, Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan menjawat jawatan Ketua Pengeluaran Tanaman, dan seterusnya Pengarah Perladangan Sime Plantation.

Kerjaya dan rekod prestasi cemerlang Mohamed Nazeeb dalam sektor minyak sawit​​​​​​​ membawa​​​​​​​petanda baik untuk FGV, terutama pandangan beliau yang amat dihormati dalam bidang agronomi.

Beliau merupakan anggota Persatuan Pakar Agronomi Kelapa Sawit Antarabangsa dan Persatuan Sains Tanah Malaysia.

Mohamed Nazeeb sebelum ini merupakan anggota lembaga pengarah MPOB dan MyBiomass Sdn Bhd serta anggota majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia.

Dalam kenyataan yang sama, FGV turut mengumumkan peletakan jawatan Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 31 Okt, 2017 susulan komitmen profesional beliau.

“Lembaga pengarah FGV berterima kasih kepada Mohd Zafer atas sumbangan dan perkhidmatan beliau yang tidak ternilai selama dua setengah tahun,” menurut FGV. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

Kategori