Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Sasar Miliki...

KUALA LUMPUR - Malindo Air menyasar memiliki 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun...

Suami Dan Isteri Orang...

PASIR GUDANG - Seorang suami dan isteri orang dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh...

‘Tiada Perikemanusiaan’ Pecat Kerana...

PETALING JAYA - Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mencari keadilan...

UPSI Digesa Berperanan Tawar...

TANJUNG MALIM : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh berperanan dalam menawarkan kursus...

FGV Beli Asian Plant Pada STG120 Juta

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bercadang untuk mengambilalih Asian Plantations Ltd (APL) pada STG120 juta (kira-kira RM628 juta).

Syarikat perladangan diperbadankan di Singapura itu disenaraikan di Alternative Investment Market London Stock Exchange. Ia memiliki 24,622 hektar ladang kelapa sawit melalui lima estet milik penuhnya di Miri dan Bintulu, Sarawak.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Emir Mavani Abdullah berkata FGV akan terus mencari peluang untuk mengukuhkan kedudukan utamanya dalam perniagaan ladang sawit, melalui pertumbuhan organik dan bukan organik.

“Kami tertarik dengan prestasi operasi kukuh APL dan estet berkualiti tinggi dan yakin semua itu akan memperkuatkan keududukan FGV dalam pengeluaran minyak sawit yang mampan,” katanya.

Mohd Emir berkata, pengambilalihan itu melengkapi strategi perluasan jangka panjang kumpulan itu.

“Kami tetap gigih dalam usaha untuk menjadi sebahagian daripada 10 syarikat utama dalam perniagaan tani dan peneraju utama dalam sektor minyak sawit, getah dan gula iaitu daripada penanaman kepada pemprosesan, logistik kepada eksport menjelang 2020,” katanya.

Beliau berkata, estet-estet itu menggunakan khidmat kilang minyak sawit syarikat itu yang terletak di dalam estet terbabit dan tidak jauh dari pelabuhan laut dalam Bintulu, tempat letaknya empat daripada kilang penapis terbesar di Sarawak.


FGV merancang untuk melipatgandakan penghasilan di kilang itu sebaik saja pembelian itu selesai.

“Kami akan mendapat sinergi daripada FGV dan APL. Melalui perkongsian sumber dan kepakaran bersama, kami boleh meningkatkan operasi kami dan mengoptimumkan kos. Semua ini dijangka memberi sumbangan positif ke arah prestasi Kumpulan FGV yang lebih besar,” kata Mohd Emir.

FGV merancang untuk membuat satu tawaran tunai bersyarat sukarela untuk semua saham biasa (tidak termasuk saham perbendaharaan) dalam modal berbayar APL pada harga STG2.20 sesaham.

Harga ditawarkan itu adalah 5.4 peratus premium ke atas harga purata AIM sebanyak STG2.0874 untuk jangka masa sebulan sebelum hari terakhir perniagaan pada 20 Ogos, 2014 apabila tawaran itu dibuat.

Pertimbangan penuh maksimum akan dibayar secara tunai daripada hasil tawaran awam awal FGV. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori