Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Jalaluddin Umum Pertahan Jawatan...

SEREMBAN : Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini menawarkan diri...

Pelajar Tingkatan 2 Dakwa...

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mendakwa mengalami retak tulang siku...

Tawaran Liverpool Ditolak

HASRAT Liverpool untuk mendapatkan pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita terbantut selepas kelab...

MITA Gesa Peniaga Kecil...

KLANG - Persatuan Peniaga Tekstil dan Barang Am India Malaysia (MITA) menggesa kerajaan...

Festival Layang-Layang Borneo Disertai 24 Negara

BINTULU – Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo 2017 menarik penyertaan 130 peserta dari 24 negara dalam acara yang berlangsung sejak Rabu lalu hingga esok.

Festival memasuki edisi ke-13 sejak dianjurkan pada 2005, bukan sahaja dapat mempromosikan pelancongan budaya bahkan menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong festival sebegitu.

Ia bukan sahaja membolehkan rakyat asing mengenali dan memahami keunikan tradisi negara ini, malah mengukuhkan lagi semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat.

Katanya, festival itu bukan sahaja terkenal di Sarawak bahkan di tempat lain termasuk di Semenanjung dan antarabangsa.

“Festival ini bukan sahaja dapat menjana ekonomi masyarakat setempat, bahkan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya berucap.

Beliau merasmikan Festival Layang-layang Antarabangsa Borneo 2017 mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Integriti dan Ombudsman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk festival, Datuk Talib Zulpilip; Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ik Pahon Joyik dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu merangkap Pengerusi Bersama , Rodziah Morshidi.


Pada penganjuran kali ini, terdapat percubaan untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Record (MBR) bagi ‘Longest Wind Garden Street’ esok.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementerian juga akan memastikan peruntukan ditambah setiap tahun berikutan sambutan baik dan penyertaan peserta luar negara yang meningkat.

Secara umumnya, kata beliau, acara ini telah berjaya menarik kehadiran ribuan pelancong tempatan dari luar Bintulu dan juga penyertaan yang semakin ramai peserta kebangsaan serta antarabangsa.

Pelbagai gerai makanan dan jualan juga disediakan termasuk persembahan kepada para pengunjung.

Sukan permainan layang-layang merupakan sukan berbentuk riadah juga sebagai satu landasan untuk interaksi pelbagai kaum dan bangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori