Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jepun Tamat Sekatan Eksport...

TOKYO: Jepun akan menamatkan sekatan eksport ke atas bahan semikonduktor ke Korea Selatan...

Ismail Sabri Pertahan Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahan pelantikan Tan...

Tabung Haji Tidak Akan...

KELANA JAYA - Tabung Haji bertegas untuk tidak menjual tanah di pusat kewangan...

Moyang Remaja Ini Memiliki...

SEORANG remaja yang berkongsikan gambar moyangnya di laman sosial miliknya menjadi viral baru-baru...

FFM26 Ditangguh, Beri Penghormatan Tragedi Negara

FESTIVAL Filem Malaysia 26 (FFM26) yang sepatutnya dilangsungkan pada 20 September nanti, ditangguhkan bagi memberi penghormatan terhadap tragedi MH17 yang melanda negara pada Julai yang lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS Malaysia, Dr. Megat Al-Imran Yasin, berkata, sebagai sebuah badan kerajaan, FINAS perlu prihatin dan peka dengan kesedihan yang dialami semua pihak.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, FFM26 akan diadakan pada tahun ini juga dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

“Keputusan penangguhan tersebut telah dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga FINAS sendiri,” katanya memetik laporan portal Awani.

Dr Megat berkata, majlis perasmian dan pengumuman calon telah dibuat pada Ogos lalu dan percaya walaupun festival filem ini ditunda, namun FFM 26 tetap akan meriah seperti tahun-tahun lepas penganjurannya.

Ditanya adakah penangguhan ini dibuat kerana terdapat isu dan masalah dengan pihak Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Dr Megat menafikannya.


“Penangguhan dibuat kerana menghormati tragedi MH17 dan tiada kena-mengena dengan pihak GAFIM,” katanya.

Pada Festival Filem Malaysia ke 19, tanggungjawab penganjuran majlis telah diserahkan kepada GAFIM. Namun, majlis seterusnya telah diambil alih oleh FINAS semula sebelum FFM 24 dianjurkan kembali oleh GAFIM.

Bagi penganjuran FFM 26 tahun ini, FINAS mengambil alih tanggungjawab penganjuran itu kembali.:- MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori