Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perubahan Tarikh Maal Hijrah...

KUALA LUMPUR - Perubahan tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) tahun ini iaitu dari...

Tok Mun Kecewa Tidak...

BAHANG pilihan raya bakar semangatnya untuk berjuang demi bangsa dan agama namun semangat...

Gara-Gara Hina Mahkamah, AG...

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini bukan sahaja berdepan dengan kes...

Netizen Rayu Jangan ‘Spoil’...

UMUM sudah tahu berita gembira bahawa Marvel Studios telah mengumumkan tarikh tayangan filem...

Felcra Bakal Bina 100 Rumah Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Felcra Berhad (Felcra) akan membina 100 rumah buat penduduk di Kuala Kangsar terutamanya mereka daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) pada tahun hadapan.

Pengurus Besar Felcra Wilayah Perak Hassan Khamis berkata pelan reka bentuk rumah sedang dilakukan dan projek tersebut dijangka dimulakan selewat-lewatnya Mac 2018.

Katanya apabila siap kelak, setiap unit rumah tiga bilik itu akan dijual dengan harga RM75,000.

“Setakat ini Felcra sudah membina 1,000 rumah di Seberang Perak serta Lekir dan Perak Tengah masing-masing dengan 100 rumah,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Ceria Kembali Ke Sekolah di perkarangan Felcra Berhad Kledang Sayong di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Pegawai Khas Anggota Parlimen Kuala Kangsar Ahmad Suffian Ismail.

Mengenai program Kembali ke Sekolah, Hassan berkata Felcra memperuntukkan sebanyak RM6.3 juta untuk disalurkan kepada 18,000 murid sebagai tanggungjawab sosial korporat pihaknya dalam membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan awal persekolahan anak-anak mereka.


Beliau berkata 300 daripadanya adalah di Kuala Kangsar dan mereka menerima beg sekolah, pakaian seragam, kasut, stokin dan alat tulis bernilai RM300 setiap seorang, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Sufian berkata Parlimen Kuala Kangsar sendiri telah menghulurkan bantuan persekolahan kepada 1,300 murid sekolah rendah dan 500 pelajar sekolah menengah. – BERNAMA

Kategori