Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tabung Covid-19 terima sumbangan...

TABUNG Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sumbangan wang tunai hampir RM13 juta...

Rumah Kedai 2 Tingkat...

MUKAH - Sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Orang Kaya Medan Setia Raja...

Moratorium Tersedia Untuk Semua...

KUALA LUMPUR - Lebih 700,000 permohonan diterima Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan...

Polis Ditetak 10 Samseng...

BERLAGAK persis kumpulan samseng, 10 suspek lelaki kini menjadi buruan pihak polis apabila...

FAM Sambut Baik Sokongan PM Gunakan Pemain Naturalisasi

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung sokongan terhadap cadangan persatuan itu bagi menggunakan pemain naturalisasi untuk meningkatkan mutu bola sepak kebangsaan dalam jangka masa pendek.

Hamidin berkata beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah memberikan lampu hijau kepada pasukan Harimau Malaya menggunakan pemain berstatus naturalisasi.

“Di sini saya sekali lagi ingin melahirkan rasa terharu kepada Tun Dr Mahathir yang mana beliau sentiasa mengambil berat serta memantau perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan dan sumbangan daripada pihak kerajaan jelas akan memainkan peranan positif dalam memajukan bola sepak tempatan.

“Mengambil respon positif daripada kenyataan Tun Dr Mahathir hari ini, FAM akan terus mula menggerakkan jawatankuasa khas tersebut untuk bertindak memperhalusi lagi hal berkaitan pengambilan pemain bertaraf naturalisasi ini bagi langkah-langkah seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Hamidin menjelaskan, pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Melaka pada Sabtu lalu, FAM telah bersetuju melantik Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Khas sebagai persediaan merealisasikan pengambilan pemain naturalisasi.

“Bagaimanapun, FAM tetap akan terus berusaha memperkasakan program akar umbi seperti disarankan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini sebagai program jangka masa panjang melahirkan pemain Harimau Malaya pada masa depan biarpun sedang berusaha ke arah naturalisasi pemain dalam masa terdekat ini,” katanya.


Media tempatan hari ini melaporkan Tun Dr Mahathir ‘merestui’ skuad bola kebangsaan untuk mengambil pemain naturalisasi tetapi menegaskan agar langkah berkenaan tidak sehingga menyisihkan pemain tempatan.

Hamidin sebelum ini pernah menyuarakan cadangan untuk mengambil pemain naturalisasi sebaik menduduki kerusi Presiden badan induk bola sepak 14 Julai lalu.

Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh juga berada dalam senarai teratas pemain naturalisasi yang berkemungkinan boleh bermain bersama skuad Harimau Malaya selepas pemain berusia 23 tahun itu mendapat taraf kerakyatan Malaysia April lalu. – BERNAMA

Kategori