Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PPSMI: Kerajaan Akan Buat...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung perlaksanaan dasar Pengajaran dan...

M’sia Tak Minat Jadi...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengulangi pendirian untuk tidak membida Sukan Komanwel 2022 walaupun...

Umie Aida, Erma Fatima...

PELAKON Datin Paduka Umie Aida dan kakaknya, pengarah popular Erma Fatima telah berkongsi...

Anak Jati Penang Pilih...

BANGGA dengan pakaian tradisional, anak kelahiran Pulau Pinang, Poh Si Teng kelihatan memukau...

Fahami Sejarah Negara Supaya Tidak Ulang Kesilapan

PUTRAJAYA – Fahami sejarah supaya kesilapan lampau tidak diulangi dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara, yang membolehkan kemajuan dikecapi dan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, jika tiga kaum utama di Malaysia bersama kaum-kaum di Sabah dan Sarawak dapat bertaut untuk ‘bekerja’, ‘tinggal’ dan ‘bermain’ bersama, negara akan lebih maju.

“Selagi kita ingat sejarah kita dan liku-liku yang dijalani negara kita, maka negara kita akan terus aman. Apabila ia aman, kemajuan dapat dicapai dan kekayaan diagih antara semua kaum,” katanya semasa perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, yang pertama pada tahun ini.

Dr. Mahathir turut mengingatkan bahawa rusuhan atas faktor perkauman seperti yang berlaku pada tahun 1969 tidak akan membawa apa-apa faedah kepada sesiapapun.

Bagaimanapun katanya, walaupun kini tiada rusuhan, namun masih terdapat perpisahan antara kaum dan ini tidak selamat untuk negara. – BERNAMA

Kategori