Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Treler Bawa 40 Tong...

KULIM - Sebuah treler yang membawa muatan 40 tong asid sulfurik terbalik di...

Buat ‘U Turn’ Ikut...

MEMBELOK tanpa melihat kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan...

Kes Baharu Covid-19 Melonjak...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan di seluruh dunia semakin...

PAS P.Pinang Akan Serah...

KEPALA BATAS – PAS Pulau Pinang akan mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong...

Facebook Tingkat Perlindungan Elak Salah Guna Data

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengumumkan beberapa langkah baru termasuk peningkatan perlindungan untuk menangani isu penyalahgunaan data.

“Dalam versi berikutnya, kami akan menukar log masuk dengan mengurangkan data yang aplikasi boleh pohon tanpa semakan dengan hanya memasukkan hanya nama, foto profil dan alamat emel.

“Meminta sebarang data lain memerlukan persetujuan kami. Kami akan memperluaskan program ‘bug bounty’ Facebook supaya orang boleh melaporkan kepada kami jika mereka mendapati penyalahgunaan data oleh pemaju aplikasi. ”

Dalam catatan Facebooknya, Zuckerberg berkata pemaju yang menyalahgunakan maklumat yang dapat mengenal pasti secara peribadi akan disekat daripada Facebook dan mereka akan memaklumkan mereka yang terlibat dengan aplikasi yang menyalahgunakan data mereka itu.

” Ini termasuk memaklumkan kepada mereka yang berkenaan jika data mereka mungkin telah diakses melalui ‘thisisyourdigitallife’. Jika kami mengeluarkan aplikasi untuk menyalahgunakan data, kami akan memberitahu semua orang yang menggunakannya.


”Facebook akan menyekat akses data pemaju untuk mencegah penyalahgunaan lain. Sebagai contoh, kami akan mengalih akses pemaju ke data anda jika anda tidak menggunakan aplikasi mereka dalam masa tiga bulan.

“Kami juga akan mengurangkan data yang anda berikan apabila anda log masuk kepada hanya nama, foto profil dan alamat emel anda,” kata Zuckerberg.

Pada 2014, Facebook mengumumkan bahawa ia telah mengubah keseluruhan platform untuk mengehadkan data aplikasi boleh mengakses untuk membendung penyalahgunaan. – BERNAMA

Kategori