Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Setahun Emma Menabung Beli...

KUALA LUMPUR - Pelakon Emma Maembong sanggup bekerja keras mengumpul wang untuk menghadiahkan...

Program Sentuh Anjing Hina...

Isu program 'I Want To Touch A Dog' yang berlangsung sabtu lepas di...

“Saya Tak Sedih, Marah”...

SIMPANG RENGGAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tidak berasa sedih atau...

Setiausaha PAN Berang Dengan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berang kerana...

ESSCOM Tembak Mati Lelaki Ceroboh Sempadan – Abdul Rashid

Natijah menceroboh sempadan dan melepaskan beberapa das tembakan, seorang lelaki ditembak mati oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, awal pagi tadi.

Menurut laporan dari portal MStar, Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau menambah, ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot dan ia dikemudikan oleh seorang lelaki.

Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Selepas insiden berbalas tembakan, pasukannya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah dan dipercayai telah meninggal dunia.

Kata beliau lagi, hasil daripada pemeriksaan, pihaknya menemui sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder.

EssCom

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an.

Ujarnya lagi, terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil bedah siasat menemui empat kesan tembakan di belakang kepala dan kesan luka di bahagian hadapan kepala.


Susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu,” kata Abdul Rashid.

Pada masa yang sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan.

Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau telahpun diberikan taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak cekap dalam mengendalikan situasi dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal.

Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna),” katanya.

Beliau ditemui ketika menghadirkan diri di majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori