Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Caj Tersembunyi: Lagi Pelanggan...

NAMPAKNYA syarikat telekomunikasi Digi menjadi 'popular' minggu ini apabila sekali lagi kejadian mengamuk...

28 Keluarga Hilang Rumah...

SARIKEI - Sebanyak 28 daripada 32 keluarga dari Rumah Gadum di Jalan Ulu...

MB Kedah Mahu Kerajaan...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu...

Hoki: Skuad Remaja Negara...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki negara semakin hampir untuk ke peringkat suku akhir...

ESSCom Lancar Operasi Buru Penjenayah Rentas Sempadan

TAWAU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melancarkan operasi besar-besaran di pulau dan daratan yang menjadi tumpuan dan persembunyian penjenayah rentas sempadan.

Komander ESSCom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata langkah drastik itu merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk membanteras jenayah rentas sempadan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara ini, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata tumpuan operasi yang turut disertai pelbagai agensi penguatkuasa negeri dan persekutuan itu ialah pulau-pulau dan kawasan daratan di daerah Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

“ESSCom dengan kerjasama pasukan keselamatan, agensi kerajaan, ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membendung kegiatan jenayah, khususnya penyeludupan, penculikan dan pencerobohan bersenjata di ESSZone,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima dua boya tambatan daripada Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia Sabah, Rosnan Fathlal kepada ESSCom di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata antara langkah yang diambil termasuk meningkatkan aset keselamatan di ESSZone; menambah atur gerak aset maritim dan daratan; meneruskan perintah berkurung dan mengadakan program bersama pemimpin masyarakat, pengusaha resort, komuniti perniagaan dan masyarakat setempat secara berterusan.


ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Sementara itu, mengenai dua boya tambatan yang diterima, Abdul Rashid berkata dua kapal induk akan bertambat di boya berkenaan yang diletakkan di perairan Semporna, bagi melakukan pengawasan visual dan radar dengan lebih berkesan.

Pada masa yang sama, katanya, beberapa bot akan menggunakan kapal induk itu untuk berhimpit, sekali gus menjadikan kapal induk sebagai medan untuk melancarkan rondaan dan tunggu sedia untuk respons pantas sekiranya mengesan kapal yang mencurigakan.

Beliau berkata ESSCom juga bercadang untuk menambah perolehan boya itu yang bakal diletakkan di lokasi-lokasi tertentu yang sesuai pada masa hadapan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=n-EYJqTX0-g

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori