Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

ATM Terima 50 Ambulans...

KUALA LUMPUR : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima 50 buah ambulans bagi menaik...

Pesta Kucing Seremban Pada...

SEREMBAN - Peminat kucing tidak harus melepaskan peluang berkunjung ke Dewan Majlis Perbandaran...

Daniel Craig Pencen Jadi...

PELAKON terkenal, Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran bernilai RM402 juta (£68 juta) bagi membintangi...

Azmin Mulakan Tugas MB...

SHAH ALAM - Azmin Ali memulakan tugas pertama sebagai Menteri Besar Selangor yang...

ESSCom, BIMP-EAGA Kukuh Kerjasama Malaysia-Filipina

KUDAT – Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Kawasan Pembangunan Asean Timur Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) semalam mengadakan lawatan ke Pulau Mangsee di selatan Filipina, dekat sempadan perairan Sabah, sebagai usaha mengukuhkan kerjasama dua hala Malaysia-Filipina.

Timbalan Ketua Staf Perisikan ESSCom ACP Hashim Justin yang mengetuai rombongan tersebut berkata mereka turut mengambil kesempatan berbincang mengenai kerjasama yang boleh dibentuk antara kedua-duanya terutamanya dalam konteks perkongsian maklumat keselamatan dan pembangunan sosioekonomi, dengan Gabenor Palawan di Filipina Jose Alvarez.

“Malaysia dan Filipina mempunyai hubungan baik dalam semua aspek. Lagipun penduduk di selatan Filipina, khususnya di Pulau Mangsee mempunyai saudara-mara di Pulau Banggi, Kudat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Alvarez turut menghargai usaha dan kerjasama ESSCom dan BIMP-EAGA dalam mencari penyelesaian bersama, khususnya berkaitan isu keselamatan dan pembangunan ekonomi.

“Ini usaha yang baik untuk kepentingan bersama, termasuk menyelesaikan beberapa isu keselamatan melibatkan penduduk sekitar Pulau Mangsee yang majoritinya mencari rezeki sebagai nelayan di sekitar perairan sempadan Malaysia dan Filipina.

“Diharapkan kedua-dua negara dapat mencari peluang untuk meneroka usaha ke arah mengukuhkan kerjasama dua hala sedia ada,” katanya.


Dalam kunjungan berkenaan, BIMP-EAGA turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk Pulau Mangsee sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Turut hadir Pengerusi BIMP-EAGA Datuk Roselan Johar Mohamed, Pengarah Wilayah Puerta Princesa Polis Kebangsaan Filipina Kolonel Gabriel Lopez dan Ketua Kampung Pulau Mangsee Aziz A. Hamzah. – BERNAMA

Kategori