Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dulu Jual Negara, Kini...

Petikan FB Datuk Seri Najib Tun RazakSemalam saya tulis mengenai projek Melaka Gateway....

Kes Rogol Di Genting...

BENTONG : Polis menahan seorang pelancong asing bagi membantu siasatan kes rogol di...

Lebih 2.97 Juta Pengguna...

KOTA BHARU : Lebih 2.97 juta pengguna telah memuat turun aplikasi Jabatan Pengangkutan...

Transformasi Orang Muda Dapat...

KUALA TERENGGANU - Program Transformasi Orang Muda (TOM) yang dilancarkan kerajaan Terengganu sejak...

Eropah Pertahan Kejuaraan, Asia Beri Saingan Sengit

SHAH ALAM – Pasukan Eropah yang diterajui Thomas Bjorn berjaya mengatasi cabaran sengit pada pusingan akhir Piala EurAsia 2018 untuk mengenepikan Pasukan Asia sekaligus mempertahankan gelaran bagi kali kedua berturut-turut di Glenmarie Golf and Country Club, di sini hari ini.

Pasukan Eropah yang bangkit daripada ketinggalan satu mata selepas dua hari kejohanan, menambah lapan setengah mata daripada acara perseorangan hari ini untuk mancatat keseluruhan 14 mata untuk merangkul piala yang disumbangkan oleh DRB-Hicom dengan kelebihan empat mata.

Dalam pusingan akhir hari ini, Pasukan Asia berjaya menambah tiga setengah mata untuk mengumpul sejumlah 10 mata bagi saingan selama tiga hari.

“Saingan dalam beberapa hari ini begitu hebat, acara seperti ini setiasa lebih depat daripada kadang-kadang anda fikirkan, dan itu memang baik apabila mengetahuibnya.

“Apabila anda turun sebagai satu pasukan, anda perlu bertarung. Anda beraksi untuk kumpul beberapa mata pada dua hari pertama dan kemudian bersaing untuk mengutip banyak mata pada Ahad. Anda boleh membuat pukulan yang baik pada hari terakhir dan kami membuktikan hari ini bahawa jika anda menunjukkan prestasi baik dan mantap pada hari Ahad, anda boleh menang, “ kata pemain berusia 46 tahun itu yang telah meraih 15 gelaran Jelajah Eropah.

Pemain Denmark yang akan mengetuai Pasukan Eropah pada Piala Ryder berkata bahawa 12 pemain mempunyai potensi untuk dipilih dalam pasukan.

“Saya banyak mengetahui mengenai 12 pemain ini dan mereka mempunyai potensi untuk beraksi di Paris dalam masa sembilan bulan,” kata beliau.

“Ia peranan yang berbeza (menjadi ketua pasukan bagi Piala Ryder). Banyak keputusan yang perlu dibuat, anda dijangka berada di mana-mana pada bila-bila masa dan itru amat sukart. Tetapi saya banyak mempelajari mengenai diri saya minggu ini. Itu sebahagian daripada proses pembelajaran dan saya berasa gembira saya menerima tugasan ini,” kata beliau.

Sebagai juara, anggota pasukan Eropah akan berkongsi hadiah berjumlah US$3.6 juta (RM14.3 juta) sementara Pasukan Asia, diketuai oleh Arjun Artwal, sebagai naib juara berkongsi hadiah US$1.2 juta (kira-kira RM4.8juta).


Sementara itu, ketua pasukan Asia, Arjun berbangga dengan prestasi pasukannya walaupun tewas kepada Pasukan Eropah pada pusingan akhir selepas mendahului pada dua hari pertama kejohanan.

“Sesungguhnya, ini amat membanggakan. Mereka semua pemain-pemain yang hebat dan digeruni apabila beraksi di padang.

Beliau berkata berbanding dengan Pasukan Asia, Pasukan Eropah adalah pasukan yang lebih berpengalaman dalam pertandingan daripada segi “match play”.

“Dalam sukan golf, Asia masih baharu dalam arena golf dunia jika anda melihatnya begitu. Tetapi apabila memperkatakan mengenai keseluruhan pertandingan hari ini, saya fikir ia tidak ada kaitan dengan pengalaman. Seperti yang saya kata, kami hanya tewas kepada pasukan itu,” kata beliau.

Selepas tiga edisi Piala EurAsia yang dihoskan oleh Malaysia, tuan rumah seterusnya kejohanan dwi-tahunan itu belum ditentukan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • golf

Kategori