Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serang Bomba: Pelaku Akan...

PUTRAJAYA - Polis akan memburu dan membawa ke muka pengadilan perusuh yang menyerang...

Mee Tomoi Tak Mengaku...

KANGAR - Seorang penjual pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Imigresen Selangor Tahan 124...

SHAH ALAM – Sebanyak 124 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara ditahan...

Bekas Pengarah JKR Kekal...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan bekas  pengarah Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan, di...

Erdogan Gesa Parti Ketepi Ego, Bentuk Kerajaan

ISTANBUL – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa semua parti politik mengetepikan perbezaan dan bertindak segera menubuhkan kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam penampilan pertama selepas partinya hilang banyak kerusi dalam pilihan raya hingga terpaksa bergabung dengan parti lain untuk membentuk kerajaan.

Ketika berkempen dalam pilihan raya Erdogan dikatakan berusaha kuat untuk memastikan partinya memperoleh kemenangan majoriti untuk menjadi pemerintah. Ia sekali gus membolehkan beliau meminda perlembagaan dan memperkenalkan sistem presiden yang memberi kuasa padanya untuk mengawal pentadbiran.

“Mereka yang membiarkan Turki tanpa kerajaan tidak akan dapat mengambil manfaat dan setiap orang perlu membuang ego masing-masing,” katanya ketika menghadiri Majlis Tamat Pengajian pelajar asing, Rabu lalu.

Dalam masa yang sama, Erdogan membidas Barat yang menuduh beliau mengabaikan nasib beribu-ribu pelarian. Parti pemerintah, Pembangunan dan Kehakiman (AKP) bakal mempertimbangkan beberapa pilihan termasuk pilihan raya lebih awal jika rundingan gagal.

Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu ketika ditemuramah stesen televisyen tempatan berkata, AKP bakal mengetuai rundingan tetapi jika parti lain tidak memberi kerjasama sebarang pilihan bakal menjadi pertimbangan, termasuk pilihan raya semula.


“Saya dengan ikhlas mahu mengadakan pertemuan dengan setiap parti pembangkang, kami tidak mempunyai halangan. Kami tetap mengatakan pakatan bukan pilihan terbaik tetapi jika rakyat mahukan demikian, kami akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Keputusan pilihan raya menetapkan AKP mempunyai 258 kerusi daripada 550 kerusi parlimen, satu tamparan hebat kepada parti Islam yang sudah memerintah Turki selama 13 tahun. Parti Republik Rakyat (CHP) bakal memiliki 132 kerusi dan Parti Gerakan Nasionalis (MHP) dan HDP berkongsi 80 kerusi.

Ekoran kekurangan kerusi dalam pilihan raya, Davutoglu berkata, AKP bakal mengadakan tinjauan mencari punca kekalahan di beberapa kawasan dalam pilihan raya lalu.

Di samping itu, tinjauan terhadap pengundi juga bakal dikenal pasti untuk mengetahui bentuk pakatan yang dimahukan pengundi. – AFP/BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori