Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Gegar...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda utara Halmahera,...

12,133 Pesalah Trafik Serah...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,133 pesalah trafik telah menyerah diri di seluruh negara...

Sami Buddha Bangkit Sentimen...

BANGKOK - Sentimen anti-Islam di Thailand dikatakan semakin berkembang pesat, berikutan kepercayaan karut...

Cadang Buka Semula Inkues...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim telah dirujuk semula ke...

EPL: ‘Ketakutan’ Rangsang Man United – Van Persie

LONDON – Robin van Persie percaya senarai penyerang ‘mahal’ yang dimiliki Manchester United di Old Trafford mampu mencetus gerun kepada pihak lawan.

Pengurus United, Louis van Gaal membawa masuk penyerang Colombia, Radamel Falcao dan Angel di Maria untuk mencipta barisan serangan berkualiti dikuatkan dengan Van Persie dan penyerang England, Wayne Rooney yang melahirkan rasa cemburu pasukan lain.

Begitupun, kerapuhan di bahagian pertahanan menyaksikan United sudah pun melepaskan 13 gol dalam tujuh perlawanan setakat ini dan ia jelas mengurangkan impak itu.

Dan bagi penyerang Belanda, Van Persie yang turut meledak ketika kemenangan 2-1 United ke atas West Ham yang menyaksikan rakan sepasukannya, Rooney dibuang padang mengakui jentera serangan Red Devils ketika ini sememangnya mampu menakutkan sesiapa saja.

“Saya rasa kami memang mampu melakukannya (menggerunkan pihak lawan). Jika kami melihat kepada pemain-pemain ini, mereka ini adalah pemain yang hebat dalam permainan individu mereka.

“Namun kami ketika ini sedang bekerjasama dalam projek ini dan saya fikir perlawanan seperti menang 4-0 menentang QPR membantu. Kami kecewa selepas kekalahan kepada Leicester (5-3) namun untuk menang dalam keadaan seperti minggu lalu memberi mesej pada waktu getir kami juga mampu menang.

“Kini kami perlu meningkatkannya lagi. Kami memulakan permainan babak kedua dengan 11 menentang 11 dan lapan minit selepas itu, 11 menentang 10 pemain. Namun apa yang kami lakukan adalah menakjubkan, kami bangkit dan ia memberi kami banyak keyakinan.”


Dalam pada itu, Van Persie percaya sasaran untuk berada di kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris sebagai sasaran yang ‘realistik.’

“Kami perlu sekurang-kurangnya berada di empat kedudukan teratas. Ia sasaran yang realistik namun musim ini masih baru.

“Kami berada di sini dan semua orang mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan, setiap sesi latinan dan ketika bermain sukan lain seperti ping pong. Kami semua adalah juara.

“Kami tidak berada di sini untuk menurunkan tahap kami. Kami mahu menjadi sebaik mungkin, memenangi perlawanan dan memenangi trofi. Tahun ini, kami memiliki jurulatih yang hebat, staf yang hebat dan peminat yang hebat dan jika melihat kepada semuanya, ia tidak begitu sukar (layak ke Liga Juara-Juara Eropah),” katanya.

United menamatkan kempen EPL di kedudukan ketujuh dan tidak beraksi dalam sebarang saingan Eropah, musim ini. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori