Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sisih Hudud, PAS Pmtg...

MENJELANG hari penamaan calon di kawasan Parlimen Permatang Pauh kurang 48 jam sahaja lagi,...

Budak Lelaki 2 Tahun...

ZEPHYRHILLS - Seorang budak lelaki berusia dua tahun maut manakala pengasuhnya cedera dirempuh...

Penunggang Motosikal Maut Rempuh...

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh sebuah...

Larangan Mandi Di Kawasan...

BESUT - Aktiviti rekreasi seperti mandi-manda di semua kawasan rekreasi termasuk pantai dan...

EPL: City Idam Benam Villa, Rapat Jurang Dengan Chelsea

BIRMINGHAM – Manchester City berpeluang melupakan seketika aksi longlai di pentas Eropah dan merapatkan jurang kepada dua mata kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea ketika berkunjung ke Aston Villa, esok.

Selepas tewas perlawanan pembukaan Liga Juara kepada Bayern Munich, City mencatat keputusan seri 1-1 menentang AS Roma yang menyempitkan laluan juara Inggeris itu untuk mara lebih jauh dalam saingan elit Eropah itu.

Lebih mengecewakan, City turut bergelut dalam pentas domestik apabila hanya menang tiga daripada enam perlawanan liga musim ini termasuk kekalahan kepada Stoke, Chelsea dan seri menentang Arsenal.

Musim lalu, City mencatat kekalahan kepada Villa di laman lawan yang membuka mata terhadap kelemahan jentera pertahanan Manuel Pellegrini itu dan pemain tengah, James Milner yang juga bekas pemain Villa percaya pasukannya mampu mengatasi masalah itu.

“Mereka (Villa) memulakan kempen dengan amat baik musim ini jadi ia perlawanan yang sukar buat kami,” kata Milner.

“Begitupun, persembahan kami di tempat lawan ketika ini agak baik sepanjang musim ini dan berharap kami mampu ke sana dan mendapatkan keputusan yang baik sebelum rehat antarabangsa.


“Sentiasa mengecewakan apabila kami tidak memperoleh keputusan yang baik sebelum rehat antarabangsa kerana kamu perlu menunggu dua minggu untuk membetulkannya,” kata pemain berusia 28 tahun itu yang mengakui pertembungan Chelsea dan Arsenal minggu ini turut memberi peluang buat City merapatkan kedudukan.

Villa dalam pada itu kembali memperoleh khidmat penyerang berbisa, Christian Benteke yang beraksi buat pertama kali selepas enam bulan berehat akibat kecederaan.

Begitupun, skuad bimbingan Paul Lambert itu dijangka terus kehilangan kapten pasukan, Ron Vlaar akibat kecederaan paha. – AFP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori