Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Selebriti Diminta Tidak Promosi...

SEBERANG PERAI - Golongan selebriti yang mempromosikan kegiatan mengubah suai motosikal Yamaha Y15ZR...

Gaya Marian Caunter Yang...

Siapa yang tidak kenal selebriti yang sering dianggap seperti Cinderella ini.Menjadi permaisuri kepada...

6 Rahsia Hubungan Perkahwinan...

Memiliki hubungan cinta yang bahagia bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika sudah...

Eksport Herba Dijangka Meningkat...

KUALA LUMPUR - Nilai eksport herba yang meliputi produk terproses dijangka meningkat kepada...

Enam Cedera Serangan Asid Di London

LONDON – Enam dipercayai cedera semalam selepas sekumpulan lelaki dilaporkan menyembur bahan berbahaya dalam beberapa serangan di kawasan sekitar pusat beli-belah di timur London, kata polis.

Insiden itu bagaimanapun tidak dianggap sebagai serangan pengganas, kata seorang jurucakap polis.

Serangan berlaku berhampiran Stratford Centre di Stratford sekitar jam 8 pagi (waktu tempatan), kata polis.

Terdahulu, laporan menyebut kejadian di sekitar pusat beli-belah Westfield yang terletak berhampiran.


“Sejumlah enam orang awam dilaporkan cedera di lokasi yang berbeza. Setakat ini kami masih menantikan butiran lanjut,” kata Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan yang serius. – Reuters/BH Online

Kategori