Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

India Batal Pasport, Tapi...

NEW DELHI - India secara rasmi telah membatalkan pasport pendakwah kontroversi, Dr. Zakir...

Pegawai Polis Dikaitkan Geng...

KUALA LUMPUR - Pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan G S Baldev Singh...

Shahidan Kassim Dilantik Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi...

‘Hai… Saya Tukang Sapu...

SEORANG lelaki dalam sekelip mata popular selepas status gambar dimuat naik di laman...

Empat Terowong Jepun Bakal Dibangunkan

KOTA KINABALU – Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Joannes Solidau berkata empat terowong Jepun yang berada di sekitar pusat bandar raya ini bakal dibangunkan dan dijadikan satu daripada tempat tarikan pelancong.

Beliau berkata Jawatankuasa DBKK akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelancongan mengenai usaha membangunkan tempat berkenaan.

“Kerja menaik taraf kawasan terowong Jepun itu memerlukan kos dan pihak DBKK dengan bantuan Kementerian Pelancongan akan mencari kaedah bagaimana membangunkan tempat berkenaan dan dijadikan sebagai salah satu tapak bersejarah,” katanya kepada pemberita selepas melawat keempat-empat terowong Jepun itu di sini hari ini.

Dua daripada terowong Jepun berkenaan terletak di belakang Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dan dua lagi terletak di Kampung Kopungit kira-kira dua kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Joannes berkata terowong Jepun itu dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan dipercayai menjadi tempat perlindungan tentera Jepun.


“Kedua-dua kawasan itu kini menjadi tempat beriadah orang ramai terutamanya melakukan aktiviti mendaki kerana kawasan itu adalah berbukit.” katanya.

Beliau berkata kawasan terowong Jepun itu sebelum ini telah diceroboh dan ia perlu dinaik taraf agar menjadi lebih menarik. – BERNAMA

Kategori