Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Friends Of KPDNKK Perlu...

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran...

Kerajaan Beri Keutamaan Tinggi...

KOTA MARUDU - Kerajaan sentiasa memberi keutamaan sangat tinggi terhadap bidang pendidikan kerana...

Sami Thailand Curi Mayat...

Bangkok - Polis menahan seorang sami dan dua lelaki kerana mencuri mayat dari...

Keputusan Kes Rasuah Bekas...

JOHOR BAHRU : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan keputusan kes bekas...

Emirates Rancang Ambil Juruterbang Malaysia Airlines

SEPANG – Emirates membuka pintunya kepada juruterbang Malaysia Airlines Bhd yang berminat menyertai syarikat penerbangan yang berpusat di Dubai itu.

Naib Presiden Kanan Bahagian Emirates Adnan Kazim berkata rancangan Emirates mengambil juruterbang dari syarikat penerbangan lain sudah pun berjalan.

“Memang ada rancangan untuk mengambil juruterbang baharu, termasuk dari Malaysia Airlines, namun belum ada maklumat mengenai bilangan juruterbang Malaysia Airlines atau bila pengambilan akan dibuat,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Pada Disember lepas, Malaysia Airlines dan Emirates menandatangani perjanjian perkongsian kod, yang merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi laluan syarikat penerbangan Malaysia.

Program rasionalisasi itu menyaksikan Malaysia Airlines menamatkan beberapa laluan termasuk ke Frankfurt, Istanbul dan Brisbane. Destinasi terbaharu penamatan perkhidmatan harian ialah ke Paris dan Amsterdam, yang dijadualkan berakhir pada 1 Feb.

Malaysia Airlines akan menggantung laluan Kuala Lumpur-Dubai pada 15 Feb dan mengatur semula penumpang menggunakan perkongsian kod penerbangan dengan Emirates.

Malaysia Airlines sebelum ini melaporkan bahawa proses rasionalisasi rangkaiannya akan memberi impak kepada juruterbang, namun mereka sudah diberikan pilihan yang tidak termasuk pemberhentian kerja.

Juruterbang ini dilaporkan akan mempunyai pilihan kerjaya, termasuk dipinjamkan kepada sayrikat penerbangan lain di Asia atau Timur Tengah, cuti panjang tanpa gaji secara sukarela untuk meneruskan kerjaya lain atau kekal dalam Malaysia Airlines dan menunggu kekosongan jangka panjang dengan syarikat penerbangan lain.


Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Emirates Thierry Antinori berkata syarikat penerbangan itu akan menjalin usaha sama dengan Tourism Malaysia untuk membawa pelancong dalam rangkaian globalnya, terutama Eropah, Afrika dan Timur Tengah, ke Malaysia menerusi hab Dubai.

Beliau berkata sasaran Emirates termasuk pelancong perniagaan dan santai dari tiga rantau berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada 150 destinatinya merentas 80 negara.

“Asia Tenggara terutama Malaysia berpotensi besar bagi Emirates, dan syarikat penerbangan kami mempunyai rancangan hebat di Malaysia meskipun wujud isu minyak dan gas dunia.

“Lokasi geografi Malaysia antara Singapura dan Bangkok merupakan pasaran yang sangat strategik untuk diteroka oleh Emirates,” kata Antinori.

Beliau berkata Emirates meraikan operasi 20 tahunnya di Malaysia tahun ini, dan setakat ini, 730 daripada 56,000 pekerjanya terdiri daripada rakyat Malaysia, yang kebanyakannya berkhidmat sebagai krew kabin. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_7wEbD8pJTQ[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori