Emir Qatar Disambut Rasmi Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, yang mengadakan kunjungan sulung ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi negara di perkarangan Parlimen hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat pada istiadat sambutan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sheikh Tamim dan Najib dijadual mengadakan pertemuan di pusat pentadbiran persekutuan di Putrajaya hari ini.

Malam ini, Raja Qatar itu akan diraikan pada majlis jamuan negara di Istana Negara.

Lawatan negara dua hari Sheikh Tamim adalah atas jemputan Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Loading...