Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

3 Kedai Sederet Musnah...

PADANG BESAR - Tiga kedai sederet di Jalan Semadong, Beseri dekat sini musnah...

Wow! Jam Pintar Apple...

SYARIKAT paling bernilai di dunia, Apple telah pun menjadualkan sebuah acara khas pada 9 Mac...

Harimau Bintang Pupus Muncul...

TAITUNG - Satu spesies harimau bintang yang dipercayai pupus sepenuhnya kini didakwa masih...

Kamarul Zaman Masuk Perangkap...

KUALA LUMPUR - "Sejak awal lagi saya sedar program wacana Apakah Tun M...

Elaun Persidangan November, Disember Dibayar Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Elaun persidangan anggota parlimen bagi bulan November dan Disember 2017 berjumlah RM1.2 juta akan dibayar pada tahun ini, demikian menurut Parlimen Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Parlimen menjelaskan ia menerima 299 tuntutan daripada anggota Parlimen bagi kedua-dua bulan tersebut, namun pembayarannya terpaksa ditangguh untuk mendahulukan pembayaran ke atas tuntutan-tuntutan bagi 2015 dan 2016 yang berjumlah RM1.33 juta.

“Oleh kerana tuntutan ini lewat dikemukakan kepada pihak Parlimen, ia terpaksa dibayar menggunakan peruntukan tahun semasa setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata bagi bulan Oktober tahun lalu, semua tuntutan termasuk Elaun Persidangan bagi Ahli Dewan Rakyat telah dibayar.

Parlimen mengeluarkan kenyataan itu bagi merujuk isu yang dibangkitkan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkenaan elaun persidangan bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Malaysia yang menurutnya belum dibayar seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina, semalam.

Dalam kenyataan sama, Parlimen Malaysia menyatakan pada setiap tahun, pihak pengurusan telah mengeluarkan surat meminta semua anggota parlimen agar mengemukakan tuntutan pada tahun semasa bagi mengelakkan masalah pembayaran berlaku.


Namun, menurutnya sehingga kini saranan berkenaan masih tidak dipatuhi.

Parlimen menjelaskan, sekiranya anggota parlimen memberi kerjasama dengan mengemukakan tuntutan pada tahun semasa, isu tersebut tidak akan timbul kerana ia bukan disebabkan kekurangan dana kerajaan atau peruntukan yang disediakan digunakan untuk urusan lain.

“Pihak Parlimen dan kerajaan pada setiap masa amat prihatin terhadap kebajikan semua ahli-ahli parlimen dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kepentingan mereka terpelihara sepanjang masa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Elaun

Kategori