Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kedah Tidak Mahu Dikenali...

LANGKAWI - Kedah merupakan antara pengguna air terawat yang tertinggi di Malaysia dengan...

Beri Rawatan Terbaik Untuk...

Anggota parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa Najib Razak diberikan rawatan terbaik...

Jumlah Kes Kesihatan Mental...

LABUAN - Jumlah kes kesihatan mental di pulau bebas cukai ini menunjukkan peningkatan...

Memang Best Bercinta Dengan...

JATUH cinta itu ialah satu perkara yang kita tak dapat nak elakkan dalam...

Elaun Khas Dicadang Buat Pasukan Bomba Sukarela

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta kerajaan supaya menimbangkan untuk menyediakan elaun khas buat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dalam cadangan meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan pindaan itu perlu disokong semua pihak kerana ia membolehkan PBS didaftarkan terus menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sekali gus memudahkan pengurusan dan penyaluran bantuan dan elaun.

“Kini tiba masanya untuk anggota PBS menikmati elaun khas dan faedah lain sebagaimana yang diterima anggota sukarelawan lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota RELA menikmati elaun latihan dan bertugas sekurang-kurangnya RM6 sejam selain caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.

Buat masa ini, PBS didaftarkan bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Lee berkata program PBS yang diperkenalkan sejak 1987 itu jarang mendapat pujian atau sanjungan mana-mana pihak walaupun pada hakikatnya, mereka telah banyak berjasa dan sentiasa berganding bahu bersama JBPM.


“Penubuhannya dilihat berjaya dalam membantu JBPM menjalankan tugas kebombaan termasuk pemadaman kebakaran dan keselamatan dengan lebih berkesan,” katanya.

Antara lain, katanya PBS yang ditubuhkan mengikut peruntukan Seksyen 62(1)(ca) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan tertakluk kepada kawalan JBPM, berfungsi mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran, membantu memberi khidmat nasihat kepada masyarakat mengenai bahaya dan langkah-langkah pencegahan kebakaran serta memantau keadaan pili bomba di kawasan masing-masing. – BERNAMA

Kategori