Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Naib Presiden PKR Fuziah...

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menjelaskan tindakan beliau kembali bertanding...

JPN Nafi DAP Kepong...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa DAP Kepong sedang merancang...

Agong, Permaisuri Kuarantin Diri,...

KUALA LUMPUR - Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan...

Lelaki 21 Tahun Kahwini...

BOGOR - Tidak pasti sama ada kisah cinta pasangan ini manis, buta atau...

Elak Pemilikan Media Oleh Parti Politik Untuk Perangi Salah Maklumat

KUALA LUMPUR – Pemilikan media oleh parti politik perlu dielakkan untuk memerangi salah maklumat, dan sekali gus mewujudkan persekitaran lebih baik untuk media, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan untuk mengharamkan perkara itu perlu diputuskan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian pada perasmian ‘Think Media Malaysia 2018 with Google’ di sini, hari ini yang turut dihadiri Sajith Sivanandan, pengarah urusan – Malaysia, Vietnam, Filipina dan New Emerging Markets di Google.

Gobind Singh berkata kementerian sentiasa terbuka untuk berbincang dengan pihak berkepentingan relevan untuk mencari hala tuju terbaik bagi negara ini dan rakyatnya.

“Kami bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan persekitaran kondusif bagi pengamal media.

“Sebagai kerajaan yang menghormati kebebasan maklumat dan bersuara, kami bukan sahaja menjangkakan standard tinggi daripada semua pihak berkepentingan yang terlibat tetapi ia juga perlu berserta tanggungjawab berat untuk menyebar luas berita dan maklumat berwibawa,” katanya.

Gobind Singh berkata kementeriannya kini dalam proses mencadangkan pindaan terhadap beberapa peruntukan berkaitan dengan berita palsu yang telah digunakan oleh kerajaan BN sebelum ini.

“Sebagai contoh, mengikut Seksyen 233, adalah satu jenayah untuk menyebarkan bahan yang disifatkan bahaya tetapi apa itu “bahaya” dan bagi pihak tertentu, ia masih boleh diperdebatkan dan samar-samar?” katanya.

Berhubung Akta Antiberita Tidak Benar yang dimansuhkan minggu lepas di Parlimen, Gobind Singh berkata akta itu telah diluluskan secara tergesa-gesa pada awal April iaitu beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei.

“Waktu dan keadaan tergesa-gesa meluluskan rang undang-undang (Akta Antiberita Tidak Benar) amat mencurigakan dan membawa kepada spekulasi ia alat yang mahu digunakan terhadap Pakatan Harapan berikutan pakatan itu cuba meraih sokongan dalam pilihan raya umum yang sengit itu dan sesuatu yang boleh membawa kepada pertukaran kerajaan.


“Ini, sudah pasti, kini sudah menjadi satu hakikat,” katanya.

Gobind Singh turut memberikan contoh bagaimana isu 1MDB, yang disifatkannya sebagai skandal kewangan terbesar di dunia, adalah sesuatu yang berulang kali cuba untuk tidak diperbesarkan oleh kerajaan ketika itu.

“Tindakan saman turut diambil terhadap anggota Parlimen yang menyuarakannya,” katanya dan menurutnya laman web dan laman Facebook diwujudkan untuk menyebarkan propaganda pro-BN dan untuk menimbulkan kebencian terhadap pembangkang.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap orang tidak dapat menafikan bahawa kewujudan berita dan maklumat palsu adalah benar dan ia perlu ditangani.

“Apa yang menyebabkan berlaku ‘berita palsu’ perlu dikaji mengikut rujukan dan konteks spesifik,” katanya.

Gobind Singh berkata kerajaan, dengan itu, bercadang mengadakan dialog dan perbincangan membina dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha memerangi masalah berita palsu secara efektif. – BERNAMA

Kategori