Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Kim Swee Senarai 23...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee...

VIDEO: Gaya Memandu ‘Terhebat’.....

SELAIN  India yang sentiasa kelam-kabut dengan cara pemanduan mereka di jalan raya, Malaysia juga...

Operasi Gempur Aurat Halang...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC membantah kerajaan PAS Kelantan kerana melaksanakan Operasi Gempur...

Nahas Pesawat China Eastern:...

BEIJING: Kotak hitam kedua pesawat MU5735 milik China Eastern Airlines yang terhempas Isnin...

El Nino: SOP Khas Disediakan Elak Risiko Sewaktu Bekerja

MARAN – Kementerian Sumber Manusia menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) khas untuk majikan dan pekerja bagi menghadapi cuaca panas melampau yang melanda negara berikutan fenomena El Nino.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata SOP itu, yang boleh dimuat turun oleh semua majikan dari laman sesawang kementerian, diperkenalkan untuk mengelak majikan dan pekerja terdedah risiko kesihatan berikutan keadaan cuaca itu.

“Bagi pekerjaan yang terdedah dengan cuaca panas, Jabatan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengeluarkan SOP itu dijadikan panduan majikan dan pekerja, katanya selepas merasmikan Karnival Forum Perdana di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Adenan Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Dr Azman Mohammad.

Jika tidak dipatuhi sehingga menyebabkan berlakunya bencana kepada pekerja, majikan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 dan Seksyen 17 Enakmen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.


Ismail berkata SOP itu memerlukan majikan memantau dan menyelia kawasan tempat kerja untuk memastikan cuaca panas di persekitaran tempat kerja tidak mendatangkan mudarat kepada pekerja.

“Jika diperlukan, majikan haruslah menyediakan alat pendingin hawa kipas angin serta bekalan air minuman yang mencukupi atau jika keadaan semakin serius, kerja-kerja haruslah diberhentikan sementara,” katanya.

Menurutnya setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan tentang kejadian strok haba di tempat kerja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori