Ekori Sejak Keluarkan Duit Di ATM, Penyangak Ragut 2 Gadis

Tak berhati perut! Demi mendapatkan sumber duit dengan cara mudah, dua individu sanggup memperlakukan tindakan kejam terhadap dua gadis dengan meragut wang milik mangsa yang sedang menaiki motosikal.

Akibat dari insiden tersebut, si pembonceng mengalami patah tangan manakala si penunggang cedera ringan.

[BACA INI: Pelajar Perempuan Bertindak Berani Tendang Peragut]

Memetik laporan akaun Sukan Star TV di laman Facebook, kejadian yang berlaku petang semalam (Isnin) di Taman Guru, Kuantan, Pahang itu menimpa dua pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Aksi kedua-dua peragut tersebut berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV milik salah sebuah kediaman di situ yang kemudiannya disebarkan di laman media sosial dan Youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=Wam8TNtSIJc

Video berdurasi lapan saat itu memaparkan motosikal si penjenayah memecut laju sebelum menyambar beg kepunyaan si pembonceng, lantas menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh.

Mungkin kerana rentapan yang kuat, si pembonceng terpelanting sedikit jauh manakala si penunggang ditimpa kenderaan yang dinaikinya.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa telah diekori penjenayah terbabit semenjak mereka berada di mesin ATM ketika transaksi mengeluarkan sejumlah wang.

Senang cakap, peragut tersebut memang telah mensasarkan kedua-dua gadis itu sebagai mangsanya dan menunggu saat sesuai untuk meragut.

Buat para gadis mahupun mana-mana individu, anda harus menggandakan kepekaan anda terhadap persekitaran kerana kejadian sebegini tak boleh dijangka dan mampu menimpa sesiapa sahaja.

Tak apa, sepandai-pandai tupai melompat pun, akhirnya pasti jatuh ke tanah juga! Buat si peragut, awas! – MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...