Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KDN Beri 3 Sebab...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Sabtu menjelaskan tiga sebab penggantungan permit...

Ibu Bapa, Penjaga Dibenarkan...

KUALA LUMPUR - Bermula esok, sama ada ibu atau bapa atau seorang penjaga dibenarkan menemani remaja masuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Jawatankuasa Bertindak Immunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) bersetuju memberi kelonggaran itu bagi mengelakkan keraguan dalam proses vaksinasi remaja.

Selepas ‘Awek Cendol’, Kini...

BUKAN susah pun kalau nak dikenali ramai sekarang ini, buat sahaja video pelik...

Remos Kambing ‘Handsome’ Yang...

KUALA KANGSAR - Di sebuah ladang di Enggor di sini terdapat seekor kambing...

EIS Akan Dibentangkan Di Parlimen Pada Jun

KUALA LUMPUR – Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) yang akan melibatkan kira-kira 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta akan dibentangkan di Parlimen pada Jun, 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perkeso, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz, berkata kadar caruman akan diumumkan sebaik sahaja Rang Undang-Undang EIS diluluskan oleh Parlimen.

Bercakap pada satu taklimat di sini, hari ini, Mohamed Azman berkata, antara objektif sistem itu adalah untuk menyediakan perlindungan pendapatan dan meningkatkan kebolehambilan kerja kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

Ia juga akan menyokong pencarian pekerjaan, padanan pekerjaan, penempatan pekerjaan dan mobiliti pekerja, di samping menyediakan penstabilan pekerjaan, katanya.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan EIS dijangka dikuatkuasakan pada 1 Jan tahun depan, manakala pembayaran faedah akan dibuat dari 1 Jan, 2019.

Mohammed Azman memberi jaminan jumlah caruman adalah minimum.

“Sebagai contoh, jika ia (ditetapkan) pada RM5, majikan yang mempunyai lima pekerja akan membayar RM300 setahun,” katanya.


EIS, bagaimanapun, tidak termasuk pekerja asing.

“Mereka juga tidak akan mencarum,” jelasnya.

Pada masa hadapan, katanya, sekiranya ada lebihan dalam dana EIS dalam tempoh terdekat, faedah bersalin bagi pekerja sektor swasta ditambah kepada 14 minggu (98 hari).

Faedah lain termasuk subsidi gaji kepada perusahaan kecil dan sederhana sehingga 50 peratus bagi tempoh enam bulan kepada majikan yang menggaji pekerja yang kali pertama bekerja, pekerja berusia 45 tahun ke atas dan wanita selepas cuti bersalin dan subsidi gaji kepada majikan yang mengekalkan pekerja daripada dibuang kerja semasa kegawatan ekonomi.

“EIS adalah untuk melengkapkan jaringan keselamatan sosial sedia ada bagi negara dan pekerja. Ia menawarkan sokongan pendapatan kewangan bagi pekerja dan merupakan penstabil ekonomi automatik,” katanya. – BERNAMA

Kategori