Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak Jadi Bisu Akibat...

AKHIRNYA selepas lima tahun, seorang pemilik pasar raya telah dipertanggungjawabkan terhadap kecederaan parah...

Pernah Hilang Ingatan, ‘Super...

KUALA LUMPUR - Khairul Idham Pawi memahat sejarah baharu sukan permotoran negara apabila...

Kolam Renang Terdalam Di...

TAHUKAH anda, Y-40 Deep Joy merupakan kolam renang terdalam di dunia?Ianya telah direka...

N.Sembilan Nafi Batal 500...

REMBAU - Kerajaan negeri menafikan sebanyak 500 projek mesra rakyat yang diluluskan bagi...

EIS, 1 Langkah Tepat Lindungi Pekerja, Majikan

KUALA LUMPUR – Skim Insurans Pekerjaan (EIS) yang berkuat kuasa 1 Jan tahun ini, adalah satu langkah tepat bagi menjaga kepentingan pekerja dan majikan selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bertindak sebagai “jaringan keselamatan untuk pekerja yang diberhentikan”, EIS adalah penting untuk mengurangkan kesan pemisahan secara bukan sukarela kepada pekerja, dengan melindungi kebajkan pekerja dan memastikan latihan, serta peningkatan kemahiran dalam tempoh peralihan pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata EIS, yang dilaksanakan sebagai satu skim insurans sosial, merupakan pendekatan yang berkesan untuk menyelesaikan isu berkaitan pekerja yang kehilangan pekerjaan bagi mendapatkan bantuan kewangan berikutan ketidakupayaan majikan.

“EIS meliputi skop kehilangan kerja yang lebih besar seperti pemberhentian kerja, skim pemisahan sukarela (VSS), force majeure (satu keadaan yang tidak dapat dielakkan yang menghalang seseorang daripada memenuhi kontrak), majikan melarikan diri, muflis, penutupan perniagaan, penstrukturan semula perniagaan, lebihan pekerja, automasi dan faktor-faktor lain.

Semua pekerja yang diberhentikan layak membuat tuntutan daripada EIS,” katanya kepada Bernama dalam satu wawancara eksklusif di sini baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, EIS, diwujudkan bagi membantu pekerja dan majikan menghadapi cabaran dalam pasaran tenaga kerja, yang akan memberi manfaat kepada 6.5 juta pekerja dalam sektor swasta.

Ia mula diperkenalkan dalam Bajet 2015 untruk membantu mereka yang diberhentikan kerja dengan memberikan bantuan kewangan sementara dan menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran semula dan meningkatkan kemahiran.

Di bawah skim EIS ini, sumbangan 0.2 peratus ditanggung oleh majikan dengan 0.2 peratus daripada pekerja.

Menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2017, sementara pembaharuan ini mungkin melibatkan pelarasan jangka pendek, langkah-langkah ini adalah perlu untuk meletakkan pasaran buruh Malaysia pada laluan yang lebih berdaya saing, berdaya tahan dan fleksibel.

Meskipun Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) membangkitkan rasa tidak puas hati, Dr Mohammed Azman berkata untuk permulaan, tahap penerimaan majikan dan pekerja adalah baik sejak Perkeso memulakan dua siri jerayawara di seluruh negara, dengan disertai purata 500 syarikat.

Walaupun sistem itu sedang dibangunkan dan pada awalnya sumbangan perlu dibayar secara manual, beliau berkata EIS telah mengumpul sumbangan sejumlah RM140.3 juta daripada lebih 340,000 syarikat setakat 16 April tahun ini.

Mengenai kelayakan untuk mendapat EIS, Dr Mohammed Azman berkata mereka yang telah menyumbang sekurang-kurangnya 12 bulan layak mendapat faedah kewangan minimum tiga bulan, dengan setiap seorang menerima RM600 sebulan (untuk tempoh maksimum tiga bulan) sebagai bayaran interim.


“Pembayaran akan dibuat kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2018. Bantuan sementara ini dibayar daripada peruntukan RM122 juta daripada kerajaan,” katanya.

Setakat April, Perkeso, yang menguruskan skim itu, telah menerima 6,602 permohonan untuk bantuan sementara dan 4,423 orang telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM2.65 juta.

“Sebanyak 1,182 permohonan telah ditolak, kebanyakannya disebabkan oleh peletakan jawatan secara sukarela dan kehilangan pekerjaan yang berlaku sebelum 2018.

Baki 1,195 pemohon masih dalam proses dan sedang disiasat untuk mengesahkan mengenai kehilangan pekerjaan,” katanya.

Ketika ditanya berhubung status peraturan lain berkaitan dengan pekerja, Dr Mohammed Azman berkata pelaksanaan EIS tidak mengurangkan hak pekerja bagi mendapatkan pampasan mengikut Akta Pekerjaan 1955 dan ordinan Sabah dan Sarawak masih sah.

“Begitu juga bagi pekerja yang ditamatkan berdasarkan skim sukarela atau skim pemisahan bersama,” katanya.

Sambil menyifatkan EIS sebagai instrumen dasar yang dinamik, Dr Mohammed Azman berkata kadar sumbangan dan faedahnya bergantung kepada kemapanan dana, dan sebarang penyelarasan akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Insurans Pekerjaan sebelum dicadangkan kepada kerajaan.

Thailand dan Vietnam adalah antara negara anggota ASEAN pertama yang mengguna pakai EIS. Di rantau Asia Pasifik, Kanada, Chile, China, Jepun dan Korea Selatan juga menguatkuasakan EIS. – BERNAMA

Kategori