Edvardsen Letak Jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Digi

KUALA LUMPUR – Morten Loeken Edvardsen, 37, telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Digi.Com Bhd, berkuatkuasa hari ini.

Digi dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata Edvardsen telah meletakkan jawatan beliau sebagai Pengurus Perniagaan Kanan dalam kumpulan telekomunikasi Norway, Telenor ASA.

Telenor ASA memiliki 49 peratus kepentingan dalam Digi.

“Torstein Pedersen, 51 tahun, telah dilantik untuk menggantikan Edvardsen, mulai hari ini,” katanya.

Pada penutup di Bursa Malaysia hari ini, saham Digi meningkat 15 sen kepada RM4.84 dengan RM2.5 juta bertukar tangan. – BERNAMA

Loading...