Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Laporan Unicef Kanak-Kanak PPR...

KUALA LUMPUR - Laporan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) bahawa kanak-kanak...

Nak Tak Mesin Layan...

SELALUNYA mesin layan diri macam ni banyak kita jumpa untuk menjual minuman panas...

“Ada Sebab Kenapa Saya...

SITI Nordiana yang hampir putus asa sebelum bergelar juara program Gegar Vaganza kini...

Tauke Sawit Hadapi Tuduhan...

KENINGAU - Seorang ahli perniagaan yang memiliki sebuah syarikat kelapa sawit mengaku tidak...

Ebola: Singapura Kuatkuasa Visa Bagi Negara Afrika

SINGAPURA – Warga Guinea, Liberia dan Sierra Leone memerlukan visa untuk masuk ke Singapura sebagai langkah mencegah penularan wabak Ebola mulai Rabu ini.

Ketiga-tiga negara Afrika Barat itu adalah yang paling teruk dilanda Ebola yang kini sudah mengorbankan lebih 4,900 orang.

Kementerian Kesihatan Singapura berkata, peraturan visa itu bagi warga ketiga-tiga negara terbabit, yang kini tidak memerlukan visa untuk mengunjungi Singapura, akan berkuat kuasa Rabu.

“Peraturan visa akan membolehkan kawalan kemasukan lebih baik bagi warga dari negara berkenaan serta memudahkan pihak berkuasa mengesan mereka yang mempunyai perhubungan dengan pesakit,” kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.

“Sebagai tambahan, ia akan membolehkan Singapura memaklumkan warga negara terbabit ketika proses permohonan visa mengenai peringatan Ebola dan tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka menunjukkan simptom ketika dalam perjalanan atau berada di Singapura,” tambah kenyataan itu.


Langkah baharu itu memperlengkapkan tindakan lain yang sudah pun diambil, termasuk mengukur suhu badan penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi dan mengisi kad pengisytiharan kesihatan yang mengandungi maklumat perhubungan pelawat ketika di Singapura.

Mereka yang didapati demam akan dibawa dengan ambulans ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pengunjung yang sihat tetapi dikenal pasti kemungkinan mempunyai pendedahan kepada virus Ebola akan dikuarantin atau diletakkan di bawah pemantauan bergantung pada tahap risikonya. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori