Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

RM15.64 Bilion Hutang 1MDB,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah menerima bayaran RM336 juta (AS$80 juta) yang didepositkan...

Kerana Minat, Mat Salleh...

PERGHH.. apabila sebut pasal tempe, sudah terbayang-bayang rasa keenakan kacang soya yang dimasak...

Naza Euro Sasar Jualan...

PUTRAJAYA - Naza Euro Motors Sdn Bhd menyasar menjual sehingga 90 unit Citroen...

Agenda Tingkat Taraf Hidup...

KUALA SELANGOR – Agenda penting kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan taraf kehidupan...

DUN Kedah Lulus Kenaikan Gaji Wakil Rakyat

ALOR SETAR – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah termasuk Menteri Besar dan Exco akan menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Jan 2016.

Kali terakhir gaji ADUN, Speaker, Timbalan Speaker dan Exco disemak semula adalah 11 tahun lepas pada 2004.

Kenaikan gaji itu selepas DUN Kedah yang bersidang hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015.

Enakmen itu menetapkan gaji ADUN akan dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan.

Gaji speaker dan 10 anggota Exco pula akan dinaikkan daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan manakala gaji timbalan speaker daripada RM3,993 kepada RM7,000 sebulan.

Gaji baharu Menteri Besar pula adalah RM22,000 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebelum ini.


Dalam sesi penggulungan perbahasan usul itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri telah melakukan kajian tentang kenaikan gaji itu dengan membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.

“Peratus kenaikan yang bakal diterima oleh ADUN Kedah adalah paling kurang berbanding negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau juga berkata, semakan semula gaji itu adalah selari dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin bertambah bagi wakil rakyat dalam berkhidmat kepada masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori