Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Baharu Kit Ujian...

KUALA LUMPUR - Pengurangan harga siling kit ujian kendiri COVID-19 akan diumum minggu...

Pelayar Buta Berjaya Rentas...

TOKYO - Seorang pelayar buta Jepun berjaya menamatkan pelayaran tanpa henti rentas Lautan...

Bas Asing Perlu Permit...

SINGAPURA - Semua bas yang didaftarkan di negara asing perlu mempunyai permit Kenderaan...

3 Anggota Polis Mengaku...

JOHOR BAHRU - Tiga anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Duda Cedera Di Lengan Ditetak Dua Lelaki

KUALA TERENGGANU – Seorang duda cedera di lengan kiri selepas ditetak dengan parang oleh dua individu tidak dikenali di Rantau Abang, Dungun semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah.

Beliau berkata, mangsa telah didatangi dua lelaki tidak dikenali ketika dia hendak masuk ke keretanya selepas melakukan urusan perbankan pada kira-kira pukul 8.30 malam.

Katanya, seorang daripada lelaki berkenaan bertindak merampas kunci kereta dan menyuruh mangsa duduk di bahagian belakang lalu melarikan kereta itu menuju ke arah Dungun.

“Ketika berhenti di sebuah stesen minyak di Rantau Abang suspek mengarahkan mangsa berusia 32 tahun itu turun sebelum mangsa bertindak memanjat ke atas bahagian hadapan kereta Mini Coopernya untuk menghalang keretanya dilarikan dua penjenayah itu.


“Namun cubaan mangsa hanya sia-sia, mangsa telah ditetak di bahagian lengan di kawasan semak berhampiran sebelum ditinggalkan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mangsa kini dirawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan keadaannya dilaporkan stabil, katanya dan menurutnya polis sedang giat memburu suspek. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori