Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akui Barisan Kabinet Masih...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ke-100 pemerintahan Pakatan...

Ku Nan Yakin BN...

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yakin...

PLKN Sesi 2015 Ditangguh...

Semasa membuat pengumuman Semakan Bajet 2015 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Adakah Samsung Galaxy S7...

PADA bulan Februari 2016 akan datang ini, salah satu peranti baru yang dinantikan...

Mayat 2 Lelaki Orang Asli Lemas Ditemui Malam Tadi

IPOH – Mayat dua lelaki Orang Asli yang lemas ketika menjala ikan di sebuah lombong Tronoh, Kampung Timah dekat Batu Gajah, Rabu lepas, ditemui malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah Halid Md Zin berkata mayat Lizhar A/L Junus, 25, ditemui pada 10 malam sementara mayat Azirin A/L Abdullah, 24, ditemui kira-kira 12.40 malam.

“Kedua-dua mereka ditemui antara 100 hingga 200 meter dari tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Batu Gajah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat bermula 8 pagi semalam, melibatkan 21 anggota bomba termasuk Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) bomba Ipoh dan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba Kuala Lumpur serta polis, katanya.


Beliau berkata kejadian kira-kira 5.30 petang itu berlaku ketika mereka sedang mengambil jala yang tersangkut di dalam lombong seluas 2.8 hektar dengan kedalaman 5.7 meter itu.

“Mereka terjun ke dalam lombong dan kemungkinan lemas disebabkan keadaan paras air tinggi ekoran hujan lebat sejak kebelakangan ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori