Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FINA Gantung Wendy Lapan...

KUALA LUMPUR – Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee dikenakan penggantungan lapan...

KWSP Bakal Lancar Dana...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka melancarkan dana patuh Syariah...

Akibat Peraturan China, Jenazah...

JENAZAH pakar ilmu fekah, Mohd. Fadzli Al Yamani yang menghembuskan nafas terakhir Selasa...

Manchester United Mampu Julang...

LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memberi amaran kepada pendahulu Liga Perdana...

Dua Sekolah Masih Ditutup Di Kelantan

MACHANG – Dua buah sekolah masih ditutup di Kelantan berikutan banjir yang melanda negeri ini bulan lepas, kata Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang.

Hussain berkata dua sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dan SK Bihai di Gua Musang berikutan laluan darat ke sekolah berkenaan runtuh.

“Kita juga terima laporan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang bahawa jalan ke SK Balar juga runtuh dan sedang bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk membersihkan laluan tersebut.

“Bagaimanapun sekolah berkenaan (SK Balar) telah dapat digunakan selepas ditutup pada minggu lepas,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Kasih Sekolah Angkat Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) Pasca Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temangan di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.


Pada majlis berkenaan, seramai 567 pelajar dari sekitar Temangan dan Kota Baharu masing-masing menerima sumbangan dua pasang baju sekolah, beg serta peralatan bernilai RM150.

Hussain berkata lima buah sekolah yang ditutup pada minggu lepas iaitu SMK Dabong, SK Dabong, Sk Kemubu dan SMK Laloh di Kuala Krai serta SK Pasir Tumboh (Gua Musang) akan dibuka bermula esok walaupun proses pembersihan masih berjalan.

Mengulas mengenai beberapa sekolah yang masih dijadikan pusat pemindahan banjir, beliau berkata ia tidak mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran kerana mangsa akan dipindahkan ke kuarters guru.

“Selain itu, peralatan sekolah yang rosak akibat bencana alam itu akan diganti secara berperingkat.

“Kita juga masih beri kelonggaran kepada pelajar yang menjadi mangsa banjir untuk ke sekolah dengan berpakaian biasa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori