Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gurauan “Beg Mungkin Ada...

BANGKOK - Gurauan seorang penumpang sebuah penerbangan di sini memberitahu bahawa begnya mengandungi bom...

Kerajaan Tetap Adil Pada...

ALOR SETAR - Kerajaan memberi jaminan semua bangsa dan agama di Malaysia tetap...

Mesej Puasa Artis Buat...

BAGAIMANAKAH golongan artis dan selebriti menyambut kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini? Jawapannya...

Al-Sisi Arah Buka Sempadan...

KAHERAH - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini mengarahkan lintasan sempadan Rafah...

Dua Polis Disyaki Campur Kes Mahkamah

Johor Bahru – Dua anggota polis termasuk inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencampuri kes mahkamah.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan menegaskan semua pegawai dan anggotanya sudah diingatkan supaya tidak terbabit dalam apa jua aktiviti negatif.

“Sebaik sahaja saya mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Johor saya sudah mengingati semua Ketua Jabatan dan Ketua Polis supaya menyampai apa jua pesanan saya kepada semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka supaya tidak terbabit didalam apa jua aktiviti negatif dan salah satu ialah perbuatan seperti ini” katanya.

Beliau berkata demikian selepas dihubungi di sini, hari ini.


Difahamkan reman terhadap dua suspek terbabit oleh SPRM sudah dipohon dan dibenarkan sehingga Isnin ini selepas mereka didakwa terbabit mencampuri kes mahkamah yang diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan susulan). – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori